• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketelusan Kerajaan Beri Impak Positif Kepada Pelabur

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketelusan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan hutang kerajaan Persekutuan bakal memberi impak yang positif kepada para pelabur terutamanya pelabur antarabangsa bagi jangka masa yang panjang.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata situasi pergerakan pasaran tidak boleh diukur dalam jangka masa yang pendek seperti kejatuhan nilai saham di Bursa Malaysia baru-baru ini kerana ia tidak memberikan gambaran pasaran secara keseluruhan.

“Pada awalnya, kemungkinan pelabur-pelabur ini akan merasa terkejut (dengan jumlah hutang kerajaan). Tetapi saya rasa mereka telah mengambil kira maklumat ini (terlebih dahulu). Apa yang penting sekarang ialah kita mahu tunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia sekarang adalah “Malaysia Baharu”.

“Kita tidak mahu sembunyikan dan palsukan penyata kewangan. Kita mahu berterus-terang. What do you see is what you are going to get. Saya rasa ketelusan ini akan meyakinkan pelabur untuk jangka masa panjang,” katanya dalam program Bicara Khas terbitan RTM1 di sini, malam ini.

Lim berkata Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk mendapat gambaran sebenar berkenaan kestabilan pasaran saham dan ekonomi negara.

“Saya yakin, sekiranya kita dapat tunjukkan kepada dunia bahawa kerajaan hari ini telus dan boleh dipercayai, mereka (pelabur) akan lebih yakin untuk datang dan melabur di dalam negara kita,” katanya.

Beliau juga yakin kredibiliti Malaysia di mata agensi penarafan seperi Moody’s dan S&P tidak akan terjejas dalam tempoh jangka panjang kerana usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan sekarang memperlihatkan kesungguhan dan sifat tanggungjawab fiskal terhadap ekonomi domestik. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd