• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Sedia Bekalan Cukup Sejak 3 Bulan Lepas

oleh Ahmad Albab
04/06/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) memberi jaminan bekalan bahan keperluan terutama daging lembu, ayam, sayur-sayuran dan kelapa mencukupi menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata pihaknya telah membuat persediaan rapi sejak tiga bulan lepas bagi memastikan bekalan bahan mentah mencukupi untuk memenuhi permintaan yang tinggi.

“Banyak bekalan bahan berkenaan diperoleh daripada sumber tempatan dan pihak FAMA telah bersedia sejak tiga bulan lepas dengan memastikan penternak, pengusaha ladang kontrak dan pembekal memastikan bekalan mereka ditambah bulan ini.

“Ada beberapa barangan yang kita terpaksa import seperti bawang merah dan bawang putih namun, meskipun diimport, harganya dikawal supaya tidak membebankan pengguna. Jadi orang ramai tidak perlu bimbang kerana bekalan bahan keperluan mencukupi dan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Aidilfitri Agro Kraf di Sunway Carnival Mall di sini hari ini.

Katanya selain itu, FAMA turut mengimport sebanyak dua juta biji kelapa bagi menampung permintaan yang tinggi pada musim perayaan nanti malah harga ketika ini lebih murah berbanding sebelum ini.

“Berdasarkan tinjauan kami, harga santan turun daripada RM14 kepada RM12 sejak awal puasa dan saya jangkakan mungkin akan turun lagi kerana bekalan kelapa yang banyak ketika ini. Mana-mana peniaga yang terputus bekalan kelapa boleh menghubungi FAMA untuk kita membuat penghantaraan kepada mereka,” katanya.

Ahmad berkata FAMA juga akan menganjurkan program Jimat Belanja Aidilfitri di 724 pasar tani di seluruh negara bermula 8 hingga 14 Jun ini bagi memudahkan orang ramai membeli barang keperluan sempena sambutan Aidilfitri.

Katanya sepanjang tempoh tersebut, pihaknya juga akan menjual barangan di bawah skim kawalan harga sempena sambutan Hari Raya dengan memastikan setiap peniaga mematuhi peraturan ditetapkan.

Sementara itu, beliau berkata seramai 745 usahawan pengeluar kuih dan biskut raya serta usahawan kraftangan menyertai Bazar Aidilfitri Agro Kraf di 49 lokasi di seluruh negara sejak 18 Mei lepas.

“Pelbagai kuih tradisional dan biskut raya serta produk kraftangan dijual di bazar-bazar berkenaan bagi memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan keperluan Hari Raya Aidilfitri dan kami sasarkan hasil jualan di seluruh negara sebanyak RM4.5 juta,” katanya. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd