• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peranan JKKK Perlu Segera Diberi Peranan Semula

oleh Ahmad Albab
02/06/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Kerajaan Kedah berharap status Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang ‘dibekukan’ kerajaan Persekutuan akan segera diberi peranan semula.

Pengerusi Pertanian dan Asas Tani, Pengangkutan dan Pembangunan Insan Negeri, Azman Nasrudin berkata, ini penting dalam memastikan masalah penduduk setempat dapat diselesaikan segera.

“Sehingga kini, jawatan JKKK masih ‘hold’ dan kita masih menunggu keputusan daripada kerajaan pusat. Tidak dinafikan, JKKK adalah instrumen penting untuk kami mengumpul maklumat dan seterusnya menyelesaikan masalah di akar umbi.

“Dengan beberapa musibah termasuk banjir teruk yang berlaku baru-baru ini, sudah tentu peranan JKKK sangat penting terutama kepada agensi-agensi terlibat dalam mendapatkan maklumat bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Anak Yatim bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini yang turut dihadiri Pengurus Perkeso Kulim, Tunku Shahrain Tunku Salehan serta Anggota Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya.

Pada majlis tersebut, dua keluarga asnaf menerima sumbangan berupa pakaian dan kelengkapan raya daripada Perkeso yang keseluruhannya bernilai lebih RM2,000.

Penerima, Nur Hafizah Abdul Hamid, 30, yang kematian suaminya, Mohd Shahruddin Sharif pada awal tahun ini bersyukur menerima bantuan raya tersebut kerana tiga anaknya berusia setahun hingga 6 tahun dapat berbaju raya baharu. – BERNAMA

Tags: JKKKKerajaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd