• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chelsea Labur RM423 Juta Dapatkan Lewandowski

oleh Ahmad Albab
31/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHELSEA bersedia membelanjakan 80 juta pound sterling (RM423 juta) terhadap penyerang Bayern Munich Robert Lewandowski.

Penyerang kebangsaan Poland itu mahu meninggalkan Bayern selepas empat tahun beraksi bersama kelab Bundesliga itu selepas tidak lagi sebulu dengan pengurus Jupp Heynckes.

Pemain berusia 29 tahun itu turut menjadi buruan Manchester United dan Paris Saint Germain (PSG).

Ejen Lewandowski, Pini Zahavi berkata: “Robert merasakan dia perlukan perubahan dan cabaran baharu dalam kariernya. Pengurus Bayern tahu mengenai hasratnya itu.

“Sebab dia berbuat demikian bukan kerana duit atau kelab tertentu memandangkan hampir kesemua kelab terkemuka mahu memiliki penyerang terbaik dunia untuk mewakili mereka.

“Setiap pimpinan Bayern harus memahami situasinya,” kata Zahavi.

Zahavi ada mengadakan rundingan dengan Chelsea selama beberapa tahun dan dia amat rapat dengan pemilik The Blues, Roman Abramovich.

Sumber dekat dengan Lewandowski mengesahkan kepada Express Sport bahawa Chelsea adalah salah sebuah kelab yang berminat terhadap penyerang itu.

Lewandowski yang menjaringkan lebih 40 gol dalam semua perlawanan setiap musim.

Dia merupakan penjaring terbanyak Bundesliga musim lalu apabila meledak 29 gol dalam 30 perlawanan.

Selain Lewandowski, Chelsea turut mengintai khidmat Anthony Martial dan Jean Michel Serri dan wakil dua pemain itu memaklumkan bahawa keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan depan. – mStar Online

Tags: ChelseaRobert Lewandowski
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

Kelab Gergasi EPL Chelsea Bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Ogos ini

20/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab bola sepak, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mencipta satu lagi detik bersejarah apabila dijadual menentang kelab...

Liverpool Juara Piala Super UEFA 2019

15/08/2019
0

LIVERPOOL muncul juara Piala Super Eropah 5-4 menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti, selepas perlawanan tamat 2-2 di Istanbul. Penjaga gol baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd