• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Cadangan SST Siap Dua Minggu Lagi – Daim

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kertas cadangan mengenai kaedah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan dikemukakan kepada kerajaan dalam tempoh dua minggu, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata sistem SST yang akan diperkenalkan semula itu akan mempunyai sedikit pembaharuan untuk menjadikannya lebih cekap dengan matlamat utama untuk menurunkan harga barangan untuk rakyat.

Dalam siri kedua temu bual beliau dengan Buletin Utama TV3 hari ini, Daim turut memberi gambaran awal bahawa sistem SST yang akan dinaik taraf itu mampu meraih hasil yang mencukupi untuk menampung kehilangan hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan.

“Jabatan Kastam buat laporan kepada saya, masih awal, mungkin pendapatan akan kurang daripada RM5.0 bilion, tetapi harga minyak naik.

“Dalam Bajet (harga minyak dijangka) US$52, sekarang naik US$70. Minggu lepas US$80, setiap US$1 yang naik, kita dapat RM300 juta. Itu hasil untuk menampung kekurangan,” jelasnya.

Mengulas keraguan sama ada harga barangan dan perkhidmatan akan menjadi lebih murah selepas pelaksanaan semula SST, katanya faktor nilai mata wang ringgit akan turut memainkan peranan ke atas barangan yang kebanyakannya diimport.

Daim berkata perkara ini boleh diatasi dengan mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada kerajaan.

Beliau berkata ekonomi merupakan subjek yang amat kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut sahaja.

Katanya dengan hasil kerajaan juga, tiada keperluan untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu, mahupun meningkatkan kadar cukai pendapatan atau korporat buat masa ini. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: SSTTun Daim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

Ka Siong Persoal TNB Dikenakan Cukai Tambahan RM10.6 Bilion

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan adakah syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd