• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PR Jadual Mesyuarat Tertinggi Majlis Permuafakatan Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
04/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Mesyuarat Tertinggi Majlis Permuafakatan pada Ahad ini, kata Penasihat PKR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim

Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah bersetuju untuk hadir pada mesyuarat itu.

Mesyuarat itu diadakan dua hari sebelum keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb berhubung rayuan Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan tahun lepas.

Dalam ucapan pada ceramah di perkarangan Pejabat Keadilan Kemaman di Bandar Cukai di sini Selasa malam, Anwar berkata mesyuarat itu antara lain akan membincangkan hala tuju PR sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya.

“Terserah kepada kebijaksanaan kawan-kawan apa nak buat selepas ini kalau apa-apa terjadi (selepas keputusan Mahkamah Persekutuan),” katanya.

Anwar berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan permasalahan berbangkit yang berlaku antara parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP. – BERNAMA

Tags: pakatan rakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

Presiden Pas Abdul Hadi Ulas Mengapa Batal Kerjasama Dengan DAP

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas membatalkan kerjasama dengan DAP dan Pakatan Rakyat (PR) apabila suara dan perkataan Islam diminta untuk disembunyikan...

Jangan Bandingkan Piagam UMNO-PAS dengan Pakatan Rakyat

10/09/2019
0

SHAH ALAM - Tindakan Naib Presiden Amanah, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof cuba membandingkan Piagam UMNO-PAS dengan majlis pembentukan Pakatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd