• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cikgu Piat Telinga Anak Saya Sampai Koyak”

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Hanya kerana pergi ke tandas dalam masa yang agak lama, seorang murid tahun tua cedera pada bahagian telinga selepas ditarik oleh seorang guru di sebuah sekolah rendah di sini.

Dalam kejadian pada Selasa minggu lalu, murid perempuan berusia lapan tahun berkenaan yang sedang menjalani peperiksaan pergi ke tandas akibat sakit perut.

Bagaimanapun akibat terlalu lama berada di dalam tandas, seorang guru lelaki bertindak menarik te­linga murid berkenaan hingga luka.

“Apalah salah budak umur 8 tahun baru…dia sakit perut sebab tu lama pergi toilet..ajak cikgu berbincang dia boleh larikan diri.

“Lepas itu dah on the way pergi hospital baru dia text minta maaf…kecut anu betul jantan macam ni,” tulis ibu mangsa menerusi laman sosial Facebook.

Akibat insiden itu, ibu bapa murid berkenaan kemudiannya membawa kanak-kanak itu mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal Kuala Lumpur berukutan kesan koyakan yang agak teruk.

Menurut doktor, kes tersebut terpaksa dirujuk kepada pakar berikutan bimbang boleh menjejaskan urat saraf atau masalah lain.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, polis yang menerima laporan mengenai kes itu Selasa lalu sedang giat melakukan siasatan.

“Kes ini dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan berdasarkan siasatan kanak-kanak berkenaan koyak belakang teli­nga,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Tajuddin Moh Yunus berkata pihaknya ada menrima maklumat dan meminta Pejabat Pendidikan Daerah menyiasat perkara berkenaan dan memastikan agar ia tidak berulang kembali. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Gurutelinga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

Guru Cedera Cuba Rampas Objek Tajam Daripada Pelajar 16 Tahun

21/10/2026
0

KUCHING - Seorang guru sebuah sekolah antarabangsa di sini cedera ketika cuba merampas objek tajam yang dibawa seorang pelajar berusia...

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

Pakar Pendidikan Anggap Mengelirukan – Guru Wajib Tandatangan Aku Janji Atau Tidak?

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan percanggahan antara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd