• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Sedih Penerokaan Tanah Cameron Highlands Masih Berlaku

oleh Ahmad Albab
03/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meluahkan rasa dukacita dengan pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands yang terus berlaku meskipun operasi penguatkuasaan giat dijalankan.

Timbalan Perdana Menteri berkata lebih membimbangkan lagi apabila pihak berkenaan begitu berani sehingga mencabar pihak berkuasa dan jika keadaan ini berterusan beliau tidak pasti sehingga bila keadaan tanah yang masih ada di Cameron Highlands boleh bertahan.

“Saya agak dukacita… walaupun sudah tahu berkenaan pencerobohan ini tetapi apabila melihat secara dekat hampir sebahagian kawasan yang ditutup plastik merupakan kawasan pertanian yang diceroboh dan pencerobohan berlaku semasa proses penguatkuasaan terhadap penceroboh sedang berjalan.

“Sudah dua hari saya berada di sini dan dapat lihat Cameron Highlands sudah parah dan jika tidak ada satu tindakan tegas dan berkesan diambil, saya tak tahu berapa lama lagi kawaasan ini boleh bertahan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan mengejut ke Cameron Highlands untuk melihat perkembangan terkini usaha baik pulih dan pemantauan pihak berkuasa berikutan insiden banjir lumpur dan tanah runtuh di kawasan peranginan itu pada November tahun lepas.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands, berkata walaupun lebih 500 pegawai dan kakitangan daripada pelbagai jabatan dan agensi terlibat dalam operasi membersih dan membanteras penerokaan tanah, namun beliau mendapati ia belum memadai.

Ini, katanya, memandangkan akibat daripada aktiviti pencerobohan adalah teruk dan memberi kesan yang membimbangkan kepada alam sekitar.

Beliau bagaimanapun yakin penguatkuasaan yang berkesan boleh dilaksanakan dengan menambah petugas penguatkuasa serta memperbanyakkan alatan yang boleh membantu dalam kerja-kerja penguatkuasaan.

Antara perkara yang boleh dilaksanakan adalah mewujudkan pos-pos kekal di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan pencerobohan dengan meletakkan pegawai penguatkuasa sehingga proses penguatkuasaan dan pembersihan yang sedang dilaksanakan selesai dijalankan, kata timbalan perdana menteri.

Beliau berkata perkara itu akan diputuskan selepas mendapat pandangan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan kerajaan negeri Pahang pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengenai Banjir Kilat di Cameron Highlands akan datang.

Muhyiddin berkata langkah itu bagi memastikan pemantauan lebih ketat dapat dilakukan kerana dikhuatiri pencerobohan boleh berulang walaupun tindakan telah diambil.

Bagi mengelak insiden ancaman terhadap pihak berkuasa terus berlaku, timbalan perdana menteri berkata beliau akan mencadangkan supaya kawasan-kawasan yang sering berlaku kejadian itu diwartakan sebagai kawasan keselamatan.

“Langkah ini perlu diperhalusi seperti keperluan membentuk pasukan khas bagi menjaga kawasan itu daripada dimasuki pihak luar sekali gus boleh menyekat penceroboh daripada memasuki kawasan tumpuan berkenaan,” katanya.

Ditanya apakah hasrat mengembalikan Cameron Highlands sebagai kawasan pelancongan unggul dapat dicapai segera, Muhyiddin berkata beliau tidak optimis perkara itu dapat dilakukan sehinggalah kerja-kerja penguatkuasaan menghalang pencerobohan dapat dilakukan sepenuhnya.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di Cameron Highlands pada 5 Nov lepas, mengakibatkan lima kematian dan lebih 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan, di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet.

Penerokaan tanah secara haram dikatakan antara faktor berlaku banjir dan tanah runtuh di daerah tanah tinggi ini. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd