• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Sindir PH Akui Hutang Negara Bukan RM1 Trilion

oleh
27/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lega dengan kenyataan terkini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa hutang rasmi kerajaan Persekutuan bukan RM1 trilion.

Sebaliknya, beliau yang juga mantan Menteri Kewangan menerusi catatan dalam akaun sosial Facebooknya dengan nada sindiran bersyukur apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengakui hutang negara kekal RM686.8 bilion.

Najib berkata, beliau tidak pernah menyorokkan hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa PH, malahan semuanya dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan universal.

Ia sekali gus menafikan tohmahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini mendakwa konon PH terpaksa mewarisi pentadbiran negara dengan hutang lebih RM1 trilion yang ditinggalkan Barisan Nasional (BN).

Kenyataan itu kemudian diulangi Guan Eng pada sidang media pertama beliau di Kementerian Kewangan sehingga menyebabkan pelabur asing bertindak bawa keluar saham mereka di Bursa Malaysia selama 14 hari berturut-turut.

Panik situasi luar biasa itu yang menggambarkan ketidakyakinan komuniti bisnes antarabangsa terhadap ekonomi baharu Malaysia, Guan Eng kelmarin terpaksa buat ‘muka tebal’ perbetulkan semula angka rasmi hutang tersebut.

Ramai netizen dilaporkan menempelak teruk Setiausaha Agung DAP itu yang dilihat hanya mahu mencari kesalahan pentadbiran dahulu tetapi tidak mempunyai perancangan kukuh untuk menstabilkan kedudukan kewangan negara.

Berikut ialah catatan penuh daripada Najib:

Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) – bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.

Tahap 50.8% itu sebenarnya adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal.

Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Mahathir sebelumnya.

Kerajaan telah beri jaminan ini kepada entiti tertentu dimilikinya untuk bantu menurunkan kos pembiayaan mereka. Ini biasanya adalah kewajiban jangka panjang disokong dengan aset yang jana pendapatan.

Bagi pajakan PPP/PFI, ini adalah perbelanjaan operasi dan bukannya hutang, dan adalah untuk infrastruktur sosial yang sangat diperlukan, termasuk sekolah, balai polis, hospital, universiti, dan lain-lain.

Kerajaan BN sebelum ini telah telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka yang didedahkan oleh menteri kewangan pada hari ini.

Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, laporan BNM, laporan Ketua Akauntan, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tanpa gagal.

Penganalisis pasaran, ahli ekonomi dan pelabur sedar bahawa angka-angka ini dapat dikendalikan dan dapat ditangani, satu fakta yang diakui oleh Menteri Kewangan sendiri.

Oleh itu, kami tidak sembunyi hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa. Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan yang diterima secara universal.

Sekarang memandangkan kebenaran telah didedahkan tentang “hutang nasional RM1 trilion” ini, kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru kerana dengan tidak perlu telah menakut-nakutkan pasaran.

Ia telah menyebabkan berlakunya kejatuhan mendadak dalam indeks bursa saham minggu ini – iaitu 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

Kejatuhan ini menyebabkan kerugian kepada ramai pelabur pasaran saham tempatan dan GLIC kita seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji.

Saya berharap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan PH akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di masa akan datang. – Mynewshub.cc/HAA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakRM1 trilion
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PH Tak Sokong Penggelapan Kandungan Berita

Next Post

Zahid Bimbang Usaha PH Buang Ramai Penjawat Awam

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Zahid Bimbang Usaha PH Buang Ramai Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd