• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC

oleh Mynewshub
17/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
‘Bosku Najib Tidak Akan Melihat Kepada Satu Sistem Yang Bercanggah’, Nazifuddin Ulas Isu UEC
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Exco Pemuda UMNO, Datuk Mohd. Nazifuddin membayangkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bersetuju dengan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sekiranya beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, kerajaan hari ini sebaliknya dilihat mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan ke institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).

“UEC tiba-tiba muncul sebagai satu sistem yang diiktiraf untuk proses kemasukan ke IPTA. Walaupun kita faham perlu ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sebagainya, tetapi kenapa tidak diteliti terlebih dahulu?

“Dan waktu dahulu, saya rasa Ayahanda Bosku pun tidak akan melihat satu sistem yang bercanggah dengan sistem sedia ada dalam kerajaan,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di media sosial hari ini.

Mohd. Nazifuddin berkata, isu pendidikan sangat sensitif dan sebarang keputusan mengenainya tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa tanpa kajian yang teliti.

Menurutnya, SPM masih menjadi laluan utama yang diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA, namun UEC bukan sebahagian daripada asas sistem pendidikan kebangsaan.

“Kajilah betul-betul sebelum kita buat satu keputusan yang boleh memecah-belahkan kaum dan menjejaskan pendidikan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, masih banyak perkara yang boleh dilakukan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara termasuk meningkatkan mutu pembelajaran, sistem peperiksaan dan keseluruhan ekosistem pendidikan Malaysia.

“Kita kena ikut satu ‘blueprint’ seperti Pelan Pendidikan Malaysia, di mana masih banyak perkara yang boleh dibuat untuk memperkukuhkan pendidikan.

“Jangan tiba-tiba buat pertukaran yang akan menjejaskan sistem pendidikan Malaysia,” katanya. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun media sosial Nafiz Najib

Tags: BoskuDatuk Mohd. NazifuddinDatuk Seri Najib Tun RazakExco Pemuda UMNOIPTApengiktirafanUEC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd