• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Tawar Diskaun Kompaun Parkir Sebulan

oleh AK-47
27/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri menawarkan diskaun 70 peratus ke atas semua kompaun parkir yang dikeluarkan oleh 15 pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negeri selama sebulan bermula 28 Mei ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Yoong Choo Kiongberkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan pihaknya bersama 15 PBT berkenaan hari ini.

“Orang ramai seharusnya menggunakan peluang ini untuk menjelaskan kompaun yang tertunggak kerana pengurangan yang ditawarkan adalah sangat tinggi,” katanyapada sidang media selepas pertemuan bersama 15 Yang Dipertua (YDP) PBT seluruh Perak, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga bersetuju untuk menyeragamkan sistem penggunaan kupon letak kereta bagi seluruh negeri mulai 1 Jan tahun depan.

Katanya, sistem berkenaan akan membolehkan orang awam menggunakan kupon sama untuk mana-mana parkir terbuka yang terdapat di seluruh negeri.

Selain itu, Yong yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh turut mengumumkan setiap PBT akan mengadakan program turun padang sebanyak dua kali dalam tempoh sebulan bertujuan mengetahui secara lebih dekat masalah dan isu yang melingkari rakyat di sesuatu kawasan.

“Kita akan lakukan perjumpaan pada pertengahan dan akhir bulan bertujuan untuk memahami masalah rakyat di samping memantau serta menyelia projek-projek yang diluluskan,” katanya. – Bernama

Tags: kompaunPerak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd