• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Kenaikan 1 Tangga Gaji Ditentu Kerajaan Baharu

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaan KGT itu atau sebaliknya.

“KGT itu janji kerajaan terdahulu…sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukannya.

“Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesyuarat pertama esok dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Pengumuman kenaikan gaji itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) 4 April lepas, yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Putrajaya.

Najib berkata pemberian kenaikan gaji itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, dengan ia akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. – BERNAMA

Tags: KSNPenjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd