• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

P.Pinang Lulus RM10 Juta Projek RTB Teluk Kumbar

oleh Ahmad Albab
22/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALIK PULAU – Kerajaan Pulau Pinang meluluskan RM10 juta untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Kumbar bagi menangani masalah bencana alam itu di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata projek RTB Teluk Kumbar itu adalah antara 13 projek tebatan banjir yang diluluskan kerajaan negeri tahun lepas.

“RTB Teluk Kumbar bernilai RM10 juta itu membabitkan kerja-kerja penambahbaikan pam sedia ada di muara Sungai Teluk Kumbar dan kini dalam peringkat menyiapkan iklan tender yang mungkin mengambil masa tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan sesi taklimat banjir di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) daerah Barat Daya di sini hari ini.

Beliau berkata projek RTB Teluk Kumbar dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiapkan dari tarkh pemulaan projek dan berupaya mengurangkan risiko banjir sebanyak 80 peratus di kawasan berkenaan.

“Selain RTB Teluk Kumbar, RTB Teluk Bahang, RTB Pondok Upeh dan Sungai Burong juga sedang dalam proses mendapatkan perunding untuk membuat reka bentuk,” katanya.

Terdahulu, Zairil berkata hujan lebat pada Sabtu lepas, menyebabkan 12 kawasan di Teluk Kumbar dan Balik Pulau dinaiki air.

Beliau berkata hujan lebat dalam masa singkat serta sistem perparitan tidak sistematik di kawasan berkenaan merupakan antara punca berlakunya banjir kilat dan menyebabkan 42 rumah dinaiki air dan dua keluarga dipindahkan.

“JPS mempunyai perancangan untuk atasi masalah banjir ini termasuklah penyelesaian jangka pendek dan panjang untuk kawasan-kawasan terlibat,” katanya.

Zairil berkata JPS melakukan kerja-kerja menaik taraf tebing sungai, pembersihan dan penyelenggaraan serta memastikan tiada halangan ke atas sistem saliran sedia ada. – BERNAMA

Tags: Zairil Khir Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khidmat Wi-fi Percuma Di P.Pinang Dihentikan

20/01/2019
0

PERKHIDMATAN wifi percuma di negeri ini atau 'Penang Free Wi-fi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya...

FAP Tolak Peletakan Jawatan Zairil Sebagai Presiden

12/10/2017
0

GEORGE TOWN - Barisan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) malam ini sebulat suara menolak peletakan jawatan Zairil Khir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd