• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairil Hilang Sumber Inspirasi

oleh AK-47
17/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – Peluncur ais negara, Khairil Ridhwan hilang sumber inspirasi selepas bapanya, Khalil Ibrahim yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada sukan itu, meninggal dunia kelmarin.

Khairil yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) berkata bapanya yang berusia 84 tahun meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru dan demam di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), pada jam 10 malam.

Biarpun sedih, Khairil, 17, yang memenangi tiga pingat emas ketika menyertai Kejohanan Luncur Ais di Singapura baru-baru ini berkata, dia akan tetap meneruskan perjuangan dalam sukan itu.

“Sebelum bapa meninggal dunia, beliau sempat berpesan kepada saya untuk kuat dan buatlah apa yang saya rasa terbaik untuk diri saya.

“Cari kebahagiaan diri sendiri, jadi saya akan berusaha memberi yang terbaik dalam sukan ini seterusnya membanggakan arwah dan keluarga,” katanya.

Jenazah bapanya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 14, Hulu Langat pagi semalam.

Khairil berkata, ketika arwah masih hidup, beliau sentiasa memberi kata-kata semangat dari jauh kerana keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menyaksikan dia beraksi di depan mata.

Mengakui sukar untuk memartabatkan sukan luncur ais di negara tropika seperti Malaysia, Khalil berkata, ia bukan halangan buat dirinya yang memasang impian menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan sains psikologi.

Katanya, dia akan kembali menjalani latihan dalam tempoh terdekat selepas semua kembali tenang kerana ada beberapa lagi kejohanan yang akan disertai antaranya di Sydney, Australia dan New Zealand, September depan.

Khairil antara atlet yang meraih emas dalam acara luncur ais 3,000 meter berganti-ganti di KL2017 turut menanam impian beraksi di temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022. – Metro Online

Tags: inspirasipeluncur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Pencetus Inspirasi Rakyat

Tok Mat Pencetus Inspirasi Rakyat

14/07/2022
0

Masih segar dalam ingatan malam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) saya bergegas ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan....

Kanak-Kanak Dipaksa Ibu Jalani Latihan Berat

05/04/2018
0

ALEXANDER ‘Sasha’ Plushenko baru berusia lima tahun namun kanak-kanak ini terpaksa menjalani rutin harian yang ketat dan dianggap kejam oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd