Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bajet 2018: Salur Input,...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menyediakan satu laman web khas berciri interaktif bagi mendapatkan...

Azizulhasni Teruja Beraksi Pada...

KUALA LUMPUR - Juara keirin dunia, Azizulhasni Awang teruja untuk memulakan saingan pada...

PAS Belum Buat Sebarang...

KEPALA BATAS - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng adalah seorang yang gopoh...

Doktor Keluarkan Kembar Parasit...

MATARAM (Indonesia) - Sekumpulan doktor pakar dari Hospital Nusa Tenggara Barat kelmarin, berjaya...

Kanak-Kanak Dipaksa Ibu Jalani Latihan Berat

ALEXANDER ‘Sasha’ Plushenko baru berusia lima tahun namun kanak-kanak ini terpaksa menjalani rutin harian yang ketat dan dianggap kejam oleh netizen, apabila dia dilatih oleh ibu bapanya untuk menjadi peluncur ais terbaik di atas planet ini.

Kanak-kanak ini yang mempunyai 283,000 pengikut dalam Instagramnya, telah dipaksa oleh ibunya, Yana, dari Rusia untuk menjadi terkenal. Yana adalah seorang jutawan.

Untuk itu, Alexander terpaksa berdepan dengan hukuman yang kejam sekiranya dia gagal mempamerkan aksi cemerlang ketika berlatih termasuk dipaksa duduk dalam bilik gelap dan dipukul dengan tali pinggang.

Alexander mula menjalani latihan untuk menjadi peluncur ais sejak masih memakai lampin lagi oleh bapanya, Yevgeny Plushenko, yang juga juara Olimpik sebanyak empat kali dan jaguh luncur ais di Eropah.

Yana bagaimanapun mempertahankan tindakan yang dikenakan terhadap anaknya itu.

“Jadi, kenapa? Ibu bapa saya juga mengurung saya dalam bilik gelap dan menggunakan tali pinggang ke atas saya serta dilarang keluar rumah…dan tidakkah saya membesar menjadi seorang yang baik?,’’ katanya ketika membalas kecaman yang diterima daripada orang ramai.


Menurut Yana, jangan simpati kepada kanak-kanak jika mahu mereka menjadi yang terbaik kerana jika ibu bapa terlalu berlembut maka anak-anak akan menjadi penagih dadah.

Jelasnya, anaknya itu adalah seorang ahli sukan dan dia mempunyai tiga sesi latihan setiap hari.

“Pukul 9.15 pagi, dia sudah memanaskan badan dan pada pukul 4, semuanya tamat. Dia sudah bersedia untuk mengambil tekanan agar menjadi yang terbaik,’’ kata Yana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori