• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sharapova Gembira ‘Aksi Dua Minit’ Bersama Nadal

oleh AK-47
16/05/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG tenis Russia, Maria Sharapova mendedahkan dia sebenarnya terkejut bagaimana dia mendapat keberanian untuk meminta izin berlatih bersama dengan Rafael Nadal di Terbuka Itali.

Dua bekas pemain nombor satu dunia itu yang meraih pelbagai trofi kejuaraan dilihat memukul bola bersama di gelanggang tanah liat di Foro Italico.

“Saya nampak dia berlatih di gelanggang sebelah, dekat dengan saya,” jelas Sharapova selepas melangkah ke pusingan kedua dengan mengalahkan pemain Australia, Ashleigh Barty.

“Jadi, saya katakan kepada pasukan saya – ‘memang menakjubkan jika saya jumpa Rafa dan bertanya adakah dia sudi memukul bola (berlatih) bersama saya?’

“Dan, mereka sukakan idea itu, ya…itu tidak salah. Saya terus berfikir, banyak lagi perkara lain yang boleh dianggap salah berbanding jika bergandingan dengan Rafa.

“Ia bukannya seperti kamu mempelawanya untuk sesi temujanji kekasih. Jadi, saya lakukanya. Dia mesti anggap saya sangat pelik. Saya rasa, sampai sekarang dia masih fikir saya sangat pelik.”

Pemain Russia ini mengakui cukup gembira dapat bersama dengan juara grand slam 16 kali dan menulis dalam twitter; “Dua minit di gelanggang bersama GOAT@RafaelNadal #BucketList, memang mendebarkan.”

Dalam pertembungan semalam, Sharapova – juara grand slam lima kali memerlukan dua setengah jam untuk mengenepikan cabaran pemain ranking ke-18, Barty dengan keputusan 7-5, 3-6, 6-2, di pusingan pertama.

Dia bakal berdepan Dominika Cibulkova dalam usahanya untuk memburu trofi yang pernah dimenangi sebanyak tiga kali pada 2011, 2012 dan 2015.

“Kejohanan ini sentiasa istimewa dalam karier saya,” kata pemain berusia 31 tahun ini, yang meraih tiket wild-card pada tahun lalu selepas kembali aktif akibat penggantungan kes doping selama 15 bulan. – AFP

Tags: maria sharapovatenis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Kami Hanya Berentap Di Gelanggang” – Stephens

06/06/2018
0

PARIS - Juara Terbuka Amerika Syarikat, Sloane Stephens berkata, hubungannya dengan rakan baik Madison Keys akan tetap sama menjelang aksi...

Rafa Nadal Jagoan Tanah Liat Sepanjang Zaman

21/05/2018
0

ROME - Rafa Nadal memanfaatkan perlawanan ditangguhkan akibat hujan dengan bangkit daripada ketinggalan di set penentuan dan menewaskan juara bertahan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd