• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulangkan Segera Harta Benda Balai Raya

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari menggesa pihak yang terlibat dalam pengambilan harta benda di balai raya di negeri ini agar segera memulangkannya supaya ia dapat digunakan rakyat untuk pelbagai aktiviti di premis berkenaan.

Beliau berkata pihaknya mendapat laporan terdapat kemudahan serta peralatan seperti kipas dan kerusi di beberapa balai raya di negeri ini telah diambil pihak pengurusan di bawah pemerintahan kerajaan sebelum ini dan tindakan itu merugikan rakyat secara keseluruhan.

“Balai raya adalah hak milik kerajaan dan ia (dibeli) dengan menggunakan wang daripada rakyat … ia bukan hak mana-mana parti politik, ia hak rakyat. Kita akan runding dengan pihak terbabit supaya ia (kemudahan itu) dipulangkan segera.

“Sepatutnya ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak kerajaan yang memerintah dalam keadaan yang baik agar program dirancang di balai raya berkenaan dapat dilaksanakan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Kampung Baru di Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai masalah jika balai raya berkenaan ingin digunakan masyarakat yang menyokong parti politik selain Pakatan Harapan kerana semua orang mempunyai hak untuk menggunakannya bagi kepentingan bersama.

Sementara itu, Adly berkata beliau bertekad untuk menjimatkan kira-kira 50 peratus daripada bil elektrik di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka iaitu Seri Bendahara di Ayer Keroh di sini sebaik beliau dan keluarganya mula tinggal di kediaman itu.

Beliau berkata ia kerana berdasarkan laporan akhir yang diterima ketika menjadi pembangkang sebelum ini, bil elektrik kediaman berkenaan mencecah RM46,000 sebulan dan sebahagian besarnya disumbangkan oleh penggunaan pendingin hawa yang menggunakan sistem berpusat.

“Pada saya ia merupakan satu pembaziran kerana kebiasannya kita hanya menggunakan sebahagian kecil ruang daripada kediaman itu yang mempunyai keluasan agak besar.

“Justeru, saya akan mengarahkan pihak Jabatan Kerja Raya untuk melihat kembali sistem tersebut agar pembaziran dapat diminimumkan dan wang rakyat dapat dijimatkan,” katanya.

Beliau berkata penukaran perabot di kediaman itu juga tidak akan dilakukan walaupun terdapat cadangan daripada pegawai kerajaan yang bertugas kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian. – BERNAMA

Tags: Adly Zahariharta
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

Harta Tun Daim Di UK Dibekukan – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan arahan pembekuan ke atas aset milik Allahyarham Tun Daim Zainuddin di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd