• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Perlis Cadang Ismail Kassim MB Baharu

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Barisan Nasional (BN) Perlis mencadangkan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang Datuk Ismail Kassim sebagai calon menteri besar yang baharu.

Pengerusi BN negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata beliau telah menyerahkan cadangan nama tersebut kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dalam satu pertemuan pada pagi tadi di ibu negara.

“Mengenai tarikh pelantikan dan angkat sumpah menteri besar, ia akan ditentukan Duli Yang Maha Mulia (Raja Perlis) dalam masa terdekat ini.

Calon yang kita ketengahkan ini sudah mendapat sokongan kita (BN) dan kita yakin mampu menjadi pemimpin yang baik,” katanya dalam sidang media di Lapang Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim di sini hari ini.

Pada pilihan raya umum ke-14 yang lalu, BN menang 10 daripada 15 kerusi DUN di negeri itu dan membolehkan parti itu membentuk kerajaan.

Ditanya mengenai punca kenapa ADUN Bintong, Azlan Man tidak dikekalkan sebagai menteri besar, Shahidan yang juga Anggota Parlimen Arau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

“Semua kena sokong sebab ini adalah keputusan parti, kita sudah pun membuat keputusan,” katanya.

Mengulas khabar angin mengenai isu lompat parti di kalangan ADUN BN Perlis, Shahidan berkata soal berkenaan tidak sepatutnya timbul kerana semua pihak perlu menerima hakikat yang telah ditentukan rakyat.

“Nak lompat ke mana, BN menang 10 kerusi, PKR (3) dan PAS (2) , jadi siapa nak lompat? Kita (BN) pun sudah bentuk kerajaan dan kita kena ingat kita semua telah dipilih oleh rakyat, jadi kami tidak akan buat keputusan macam-macam,” katanya.

Shahidan turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Perlis kerana masih memberi kepercayaan kepada BN untuk terus memerintah negeri itu.

“Saya bangga rakyat masih setia dengan BN dan kita akan laksanakan manifesto negeri yang telah kita janjikan sebelum ini,” katanya dan berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik buat rakyat Perlis. – BERNAMA

Tags: Menteri Besar Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd