• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang

oleh Mynewshub
30/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Tembak Lembu: Antara Hukum Agama Dan Undang-Undang
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Tokoh agama yang juga Ketua UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jaya meminta orang ramai tidak tergesa-gesa menghukum susulan isu tular membabitkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menembak lembu korban.

Menurut beliau, isu tersebut perlu dilihat daripada dua sudut berbeza iaitu hukum syarak dan undang-undang yang masing-masing mempunyai asas penilaian tersendiri.

“Fiqh jauh lebih luas daripada sekadar melihat ada tembakan atau tidak. Sekiranya haiwan korban menjadi liar, tidak terkawal dan berpotensi memudaratkan orang ramai, maka syarak memberikan kelonggaran untuk menundukkannya termasuk menggunakan kaedah yang bersesuaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan beberapa persoalan fiqh perlu dijawab termasuk sama ada haiwan tersebut benar-benar berada dalam keadaan membahayakan, sama ada tembakan itu satu keperluan atau masih ada alternatif lain, serta sama ada haiwan itu masih hidup ketika proses sembelihan dilakukan.

Beliau turut mempersoalkan sama ada senjata yang digunakan merupakan pelali atau peluru sebenar kerana perkara itu memberi kesan terhadap penentuan hukum.

Dalam pada itu, beliau berkata isu undang-undang juga perlu diperhalusi secara berasingan daripada hukum syarak.

Katanya, antara persoalan yang perlu dijawab sama ada senjata digunakan merupakan senapang atau senjata pelali, kategori senjata terbabit, selain sama ada pemilik atau pengguna mempunyai lesen serta kebenaran sah mengikut undang-undang.

“Penggunaan senapang di kawasan awam merupakan perkara yang mempunyai risiko keselamatan yang tinggi dan wajar diberikan penjelasan yang jelas,” katanya.

Beliau turut merujuk rakaman video yang tular apabila lembu berkenaan dilihat seolah-olah tidak lagi bergerak selepas ditembak, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia menggunakan pelali atau peluru sebenar.

Sehubungan itu, beliau menegaskan masyarakat tidak seharusnya mencampurkan persoalan fiqh dengan persoalan undang-undang kerana kedua-duanya mempunyai asas penilaian yang berbeza.

“Sebelum menghukum, pastikan dahulu kita memahami apakah sebenarnya persoalan yang sedang dibahaskan,” katanya.

Menteri Besar Perlis semalam menjelaskan tindakannya menembak seekor lembu korban seperti dalam video tular adalah kerana haiwan itu mengamuk dan bertindak agresif.

Beliau mempertahankan tindakannya menembak lembu korban tersebut bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis itu mendakwa tembakan kena pada bahagian kaki dan kemudian proses penyembelihan dilakukan seperti biasa.

Tindakan itu namun menerima kritikan ramai pihak yang mempersoalkan kewajaran menggunakan senjata api dalam menangani haiwan berkenaan. – MYNEWSHUB

Tags: hukum agamaMenteri Besar PerlisTembak Lembuundang-undang
Share206Tweet129SendShare

Related Posts

Menteri Besar Perlis Letak Jawatan MPT Bersatu?

Menteri Besar Perlis Letak Jawatan MPT Bersatu?

09/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti...

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

Adakah Penjualan Daging Lembu Ketika Musim Haji Juga Satu Kesalahan? – Guan Eng

21/06/2026
0

PULAU PINANG - "Jika menjual daging babi dianggap satu kesalahan, adakah semua peniaga daging babi di pasar turut melakukan kesalahan?"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd