• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Sifatkan Tony Fernandes Wira

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda PPBM dan anggota Parlimen baharu Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes sebagai wira tidak didendang dan lebih malang lagi dituduh menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN), yang berkuasa sebelum ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Syed Saddiq berkata Fernandes telah diasak dan diancam kerana tidak sealiran dengan ideologi BN, yang mentadbir negara ketika itu.

“Saya ingin berkongsi dengan anda sesuatu yang tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa selama ini. Saya tidak boleh berkongsinya sebelum ini kerana kami terpenjara oleh politik ketakutan.

“Sekarang, saya perlu berkongsi perkara ini kerana saya sudah tidak tahan lagi melihat seorang wira dihunjam dengan tuduhan yang tidak benar,” kata Syed Saddiq, 25, yang menang kerusi Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei.

Ketika itu, kisah berkenaan tidak diketahui ramai dan perlu dirahsiakan, katanya.

“Tetapi, pada era baharu ini, era di mana hak anda untuk bersuara ditegakkan, tibalah masanya perubahan dilaksanakan.

“Inilah cerita tentang Tan Sri Tony Fernandes. Beliau antara orang pertama yang tampil membantu Tan Sri Muhyiddin Yassin (timbalan presiden Pakatan Harapan) ketika Tan Sri (Muhyiddin) dihukum kerana berkata benar kepada orang yang berkuasa,” katanya.

Syed Saddiq berkata Fernandes pernah menjadi wira apabila AirAsia menawarkan diskaun bagi tambang penerbangan dan menyediakan penerbangan tambahan semasa tempoh pilihan raya umum, walaupun langkah itu menimbulkan kemarahan sesetengah orang dalam kumpulan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Bukan setakat itu sahaja. Beliau enggan memecat Rafidah (pengerusi bebas bukan eksekutif AirAsia Tan Sri Rafidah Aziz) selepas beliau bercakap secara terbuka menentang Najib, walaupun ditekan supaya berbuat demikian.

“Semua tindakan itu ada harganya dan beliau terpaksa membayarnya,” kata Syed Saddiq.

Beliau juga berkata Fernandes terpaksa menyatakan sokongannya terhadap Najib melalui video dan stafnya perlu memakai pakaian seragam baharu bagi menyambut bekas perdana menteri itu ketika menaiki pesawat bagi penerbangan sewa khas.

Oleh demikian, Syed Saddiq menyeru rakyat Malaysia supaya tidak melabelkan Fernandes sebagai pengkhianat.

Beliau berkata kini bermulalah era baharu di mana hak rakyat untuk mengkritik kerajaan secara terbuka dijamin, manakala ahli perniagaan bebas untuk menyokong mana-mana pihak tanpa perlu berasa bimbang akan menjadi mangsa penganiayaan. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul RahmanTony Fernades
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd