• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adly Zahari Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-11

oleh Ahmad Albab
13/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-11.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Utama, Seri Negeri, Ayer Keroh di sini pada 3.50 petang.

Adly, 47, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka dan Pengerusi PAN Melaka turut melafazkan sumpah jawatan dan taat setia serta kerahsiaan yang perlu beliau patuhi dalam tempoh memegang jawatan ketua menteri.

Turut hadir, Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, Anggota Parlimen Alor Gajah yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof.

Juga Anggota Parlimen Kota Melaka yang juga Setiausaha DAP Melaka, Khoo Poay Tiong dan Anggota Parlimen Tangga Batu, Dr. Rusnah Aluai serta ADUN Bandar Hilir yang juga Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew.

Hadir sama ialah ADUN Paya Rumput yang juga Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Rafiq Naizamohideen; Presiden PAN, Mohamad Sabu dan bekas Ketua Menteri Melaka iaitu Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Datuk Seri Idris Haron.

PH berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka melalui majoriti mudah apabila menakluk 15 kerusi DUN Melaka daripada keseluruhan 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lepas.

PH turut memenangi empat daripada enam kerusi Parlimen iaitu Alor Gajah, Tangga Batu, Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.

Pada PRU14, Adly mengalahkan calon BN, Yunus Hitam dan calon PAS, Muhamat Puhat Bedol dengan majoriti 3,159 undi dalam pertembungan tiga penjuru di kerusi Bukit Katil. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariKetua Menteri Melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ab. Rauf Ketua Menteri Melaka Ke-13

31/03/2023
0

MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka...

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima Meninggal Dunia

21/09/2022
0

MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. Ikuti Mynewshub: Telegram Perkara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd