DALAM usianya menjangkau 31 tahun, pelakon penuh kontroversi Tasha Shilla dilihat tidak lagi menjadikan rumah tangga sebagai perkara keutamaan dalam dirinya.
Baca: Belum Temu Jodoh, Tasha Tak Mahu Terburu-Buru

Bagi pelakon drama Kasut Untuk Ayah itu, kini tiba masanya untuk dia memberi sepenuh perhatian terhadap karier seni serta meneruskan kehidupan yang tenang tanpa dibebani dengan hal lain berkaitan jodoh.
“Dulu saya akui sasaran saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai keluarga namun impian itu tidak menjadi sehingga menyebabkan saya berasa tertekan.
“Tetapi itu dahulu! Sekarang saya sudah tidak memikirkan soal itu kerana matlamat utama saya sekarang adalah untuk berjaya dalam karier. Kalau ada jodoh… adalah.
“Saya tak mencari pun sebenarnya,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Bagaimanapun ketika ditanya soalan peribadi tentang kemungkinan dia sedang menjalinkan hubungan dengan mana-mana jejaka, pelakon yang sinonim dengan fesyen seksi itu lebih memilih untuk tidak mengulas tentangnya.
Disebabkan kontroversi percintaan yang terdahulu, Tasha banyak belajar daripada perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati dari segi bersuara soal jodoh.
“Apa yang boleh saya kongsikan, berkawan itu adalah tetapi selebihnya baiklah saya simpan untuk diri sendiri melainkan kalau saya ingin berkahwin.
“Tak mahulah bercakap soal peribadi bimbang kalau tak jadi, ia menjadi bahan bualan tidak baik masyarakat,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, drama lakonan terbaru Tasha berjudul Air Mata Syurga turut sedang ditayangkan di siaran HyppSensasi (saluran 116) dan Unifi TV setiap Isnin dan Selasa.
Drama berkenaa merupakan dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin dah turut dibarisi oleh pelakon hebat seperti Afiq Muiz, Haliza Misbun, Elly Suriati dan ramai lagi. – MYNEWHSUB.CC/AH

