• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belum Sedia Kahwin, Tasha Selesa Hidup Solo

oleh
13/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DALAM usianya menjangkau 31 tahun, pelakon penuh kontroversi Tasha Shilla dilihat tidak lagi menjadikan rumah tangga sebagai perkara keutamaan dalam dirinya.

Baca: Belum Temu Jodoh, Tasha Tak Mahu Terburu-Buru

Bagi pelakon drama Kasut Untuk Ayah itu, kini tiba masanya untuk dia memberi sepenuh perhatian terhadap karier seni serta meneruskan kehidupan yang tenang tanpa dibebani dengan hal lain berkaitan jodoh.

“Dulu saya akui sasaran saya adalah untuk berkahwin dan mempunyai keluarga namun impian itu tidak menjadi sehingga menyebabkan saya berasa tertekan.

“Tetapi itu dahulu! Sekarang saya sudah tidak memikirkan soal itu kerana matlamat utama saya sekarang adalah untuk berjaya dalam karier. Kalau ada jodoh… adalah.

“Saya tak mencari pun sebenarnya,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Bagaimanapun ketika ditanya soalan peribadi tentang kemungkinan dia sedang menjalinkan hubungan dengan mana-mana jejaka, pelakon yang sinonim dengan fesyen seksi itu lebih memilih untuk tidak mengulas tentangnya.

Disebabkan kontroversi percintaan yang terdahulu, Tasha banyak belajar daripada perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati dari segi bersuara soal jodoh.

“Apa yang boleh saya kongsikan, berkawan itu adalah tetapi selebihnya baiklah saya simpan untuk diri sendiri melainkan kalau saya ingin berkahwin.

“Tak mahulah bercakap soal peribadi bimbang kalau tak jadi, ia menjadi bahan bualan tidak baik masyarakat,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, drama lakonan terbaru Tasha berjudul Air Mata Syurga turut sedang ditayangkan di siaran HyppSensasi (saluran 116) dan Unifi TV setiap Isnin dan Selasa.

Drama berkenaa merupakan dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin dah turut dibarisi oleh pelakon hebat seperti Afiq Muiz, Haliza Misbun, Elly Suriati dan ramai lagi. – MYNEWHSUB.CC/AH

Tags: Netizentasha shila
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”

Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasan bekas...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd