• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angkat Sumpah MB Terengganu Malam Ini

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar Terengganu dan exco-exco kerajaan baharu negeri ini dijadual berlangsung pada malam ini di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang.

Katanya sekiranya mendapat perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin, PAS bakal mengumumkan Menteri Besar dan barisan exco kerajaan negeri pada Jumaat.

“Kita akan umumkan Menteri Besar dan 10 orang exco kerajaan negeri selepas mendapat perkenan Sultan. Sehingga itu, pada saya lebih baik untuk kita tidak membuat spekulasi berkenaan jawatan Menteri Besar,” katanya pada sidang media khas di sini, hari ini.

Barisan kerajaan negeri PAS dijangka akan mula menjalankan tugas rasmi kerajaan pada Isnin depan, katanya.

“Kita akan memasuki Wisma Darul Iman (pusat pentadbiran kerajaan negeri) pada jam 9 pagi Isnin ini dan akan menjalankan upacara penyerahan tugas Menteri Besar daripada bekas Menteri Besar (Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman),” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), PAS memenangi 21 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan, menjadikan parti itu mendapat majoriti mudah dan boleh membentuk kerajaan.

Sementara itu, Husain berkata bahawa PAS tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan kepada anggota parti supaya menutup atau mengunci mana-mana balai raya di mana-mana kawasan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Mengenai projek-projek yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada penggal yang lalu, beliau berkata kerajaan negeri yang baharu akan mengkaji kesemua projek pembangunan dan infrastruktur dan melihat sama ada ia perlu diteruskan atau sebaliknya.

“(Projek) yang baik, kita akan teruskan, sekiranya tidak terdapat penyelewengan (dalam pelaksanaan). Sekiranya ada, kita akan perbaiki dan jika tidak boleh diperbaiki, kita akan selesaikan (tamatkan) projek itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: MB TERENGGANUPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

Pemimpin UMNO, PAS Dakwa Wujud ‘Ceplos Berbayar’, Bot Bina Naratif Politik

17/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Dua pemimpin UMNO dan PAS membangkitkan dakwaan mengenai penggunaan akaun media sosial berbayar, bot, robot serta kecerdasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd