• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Mahathir Mahu Segera Angkat Sumpah PM?

oleh Haris
10/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu segera angkat sumpah sebagai perdana menteri yang ketujuh.

Dalam sidang media hari ini, beliau berkata keadaan tidak ada kerajaan tidak boleh dibiarkan dan perdana menteri mesti segera dilantik.

Katanya, negara tidak boleh dibiarkan tanpa kerajaan dan oleh itu Istana Negara mesti segera bersetuju memperkenan pelantikan perdana menteri.

Mahathir juga menegaskan yang gabungan Pakatan Harapan sudah memiliki jumlah kerusi Parlimen yang cukup untuk menubuhkan kerajaan Persekutuan.

Sambil berhujah dengan agak keras, Mahathir menerangkan kenapa beliau mesti diperkenan untuk dilantik sebagai perdana menteri supaya dapat menubuhkan pentadbiran di Putrajaya.

Sebab Mahathir mahu segera dilantik sebagai perdana menteri bukan sahaja sebab mahu negara mempunyai sebuah kerajaan, tetapi disebabkan tekanan dalaman PH juga.

Khabarnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri gusar dengan perkembangan ini dan merasakan Mahathir ada pelan lain yang tidak melibatkan Anwar.

Menurut bacaan sesetengah pemerhati, Mahathir lebih memikirkan legasinya dan soal menyerah jawatan PM kepada Anwar tidak muktamad.

Mahathir mungkin memikirkan masa depan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang tersingkir daripada kepimpinan UMNO dan kerajaan di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.

Proses untuk Anwar mengambil jawatan perdana menteri juga masih jauh lagi, kerana perlu mendapat pengampunan diraja, bertanding dan menang kerusi Parlimen.

Proses yang masih panjang dan berliku ini boleh disabotaj oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya yang turut mempunyai kepentingan masing-masing.

Umum mengetahui Mahathir dan Anwar mempunyai visi berbeza dan diikuti oleh golongan yang berbeza.

Masing-masing sudah membina pengikut masing-masing dalam tempoh yang lama, dan mempunyai inner circle masing-masing.

Mustahil semua boleh bersetuju dengan semua yang dirancang dan dilaksanakan bila dapat menubuhkan kerajaan nanti.

Mahathir mungkin akan melihat perkara-perkara baharu bila menjadi perdana menteri nanti, dan akan menuntut lebih masa untuk menyelesaikan masalah-masalah dihadapi.

Malah, ada banyak kemungkinan muncul isu-isu baharu selepas menubukan kerajaan PH nanti yang akan memaksa rombakan pelan yang sudah diatur.

Masa itu, percaturan akan berubah dan masing-masing akan melahirkan pandangan dan pelan yang berbeza.

Apa yang penting untuk difahami ialah kedua-dua Mahathir dan Anwar ialah politikus yang mempunyai perancangan masing-masing.

Mereka mahu meninggalkan legasi masing-masing dan memastikan pewaris masing-masing tidak terpinggir.

Yang pasti, perancangan sebelum dan selepas mengecapi nikmat kuasa tidak akan sama, dan masing-masing akan mencatur lagi selepas ini. – Mynewshub.cc

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimTun Dr Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd