• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14 Mesej Jelas Rakyat Untuk UMNO, BN Muhasabah

oleh Ahmad Albab
10/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan pusat adalah mesej jelas daripada rakyat bahawa parti itu perlu bermuhasabah.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan di sini, hari ini berkata sebagai pemimpin UMNO dan BN, beliau telah mencuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

“Hari ini adalah permulaan baru untuk Malaysia. Suara keramat rakyat telah memilih perubahan yang cukup jelas dan nyata. Peralihan kuasa perlu berlangsung dengan lancar tanpa sebarang percubaan untuk menafikan suara rakyat.

“Sebagai pemimpin UMNO dan BN, saya telah cuba sedaya upaya saya untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Parti ini dan ahlinya telah memberi jasa kepada rakyat dan negara selama lebih 60 tahun ini – yang cacat dan cela datang dari kami pemimpinnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berterima kasih atas mandat yang diberikan kepadanya oleh masyarakat di kerusi Parlimen Rembau dan berjanji akan bekerja keras membangunkan kawasan yang diwakilinya.

“Maaf dan terima kasih, Malaysia. Bersama kita ketepikan perbezaan kita untuk Malaysia yang lebih baik bermula hari ini. Malaysia yang berdaya saing, moden dan adil, dengan rakyat sebagai denyut nadinya,” katanya.

Pada PRU14, Khairy yang juga penyandang Parlimen Rembau selama tiga penggal sejak 2008 menang dengan majoriti 4,364 undi menewaskan calon PKR, Lt. Kol. (B) Roseli Abdul Ghani dan Mustafa Dolah daripada PAS. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinPRU14
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd