• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Pak Wan Percepat Kayuhan Demi Mengundi

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tindakan nekad pengayuh basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, 73, mempercepatkan kayuhan basikalnya menjelajah selatan Thailand, Semenanjung Malaysia dan Singapura berbaloi apabila sempat mengundi pada pilihan raya ke-14 (PRU14) hari ini.

Mengikut perancangan asal, Wan Hashim dijadual menamatkan penjelajahan berbasikal kali ketujuh itu dengan jarak 2,800 kilometer pada 11 Mei ini selepas memulakan kayuhan solo 7 April lepas.

“Namun demi memastikan dapat mengundi saya memendekkan waktu rehat di beberapa transit dan berjaya sampai tepat pada hari penting ini. Memang ia agak memenatkan tetapi bagi saya ia sungguh berbaloi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas mengundi di Maktab Sultan Ismail di sini bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong dan Parlimen Kota Bharu sebaik tiba pukul 1 tengah hari.

Beliau yang kelihatan cergas dan bersemangat itu terus ke pusat pengundian sebelum pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Telipot yang terletak berdekatan.

Beliau, yang masih lengkap berpakaian sukan, hadir berbasikal ke pusat pengundian berkenaan kelihatan gembira dan lega selepas tanggugjawab mengundi dilaksanakan.

Kayuhan solo itu sekali gus memberi peluang kepada warga emas ini menambah satu lagi koleksi kejayaannya apabila bakal menerima pengiktirafan kali keempat oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Pengayuh Basikal Tertua Mengelilingi Semenanjung Malaysia.

Wan Hashim berkata kembaranya kali ini agak mencabar berikutan cuaca yang sangat panas selain cabaran mendaki tiga kawasan tinggi iaitu Bukit Broga, Selangor; Bukit Fraser, Pahang dan Gunung Jerai, Kedah.

“Alhamdulillah saya berjaya menempuh semua cabaran dengan stamina yang dimiliki hasil latihan berbasikal yang menjadi amalan setiap hari sebelum melakukan penjelajahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: BerbasikalPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd