• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kosongkan Waktu Kerja, Ernie-Amira Demi PRU14

oleh
09/05/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI rakyat Malaysia yang lain, golongan selebriti turut menunaikan tanggungjawab mereka sebagai warganegara dengan turun mengundi sehingga sanggup mengosongkan jadual kerja hari ini.

Pertama kali menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi, penyanyi Amira Othman kini penuh bersemangat sehingga sanggup pulang ke kampung dua hari lebih awal.

“Saya tiba di Johor sejak awal pagi, kelmarin. Sebagai pengundi muda, kesempatan ini dimanfaatkan dengan bijak kerana undian kita menjadi penentu masa depan negara.

“Sudah semestinya sebagai rakyat yang merdeka, kita mahu negara terus maju dan makmur untuk diwarisi generasi akan datang,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Dalam masa yang sama, penyanyi dan pelakon berusia 25 tahun itu turut melapangkan waktu kerjanya bagi merasai pengalaman pertama kali turun mengundi.

Selain Amira, penyanyi Ernie Zakri turut merupakan salah seorang selebriti yang pertama kali menunaikan tanggungjawab tersebut.

Penyanyi lagu Misteri itu bakal mengundi di Klang, Selangor dan tanggungjawab itu akan dilaksanakan olehnya bersama-sama kakaknya.

“Rasa gembira dan teruja kerana dapat menjalankan amanah besar ini. Sebelum ini, saya hanya melihat ibu dan bapa menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan baharu,” ujarnya pula.

Dalam masa byang sama, pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juala Lagu Ke-32 (AJL32) itu turut menyeru kepada semua rakyat Malaysia utuk menunaikan tanggungjawab mereka demi mencorak masa hadapan negara.

“Setiap undi membawa makna sangat besar. Pilihan yang kita buat itu menjadi penentu kepada tampuk kepimpinan negara untuk tempoh lima tahun akan datang,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: amira othmanErnie ZakriNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd