• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Padah Mahu Cantik, Muka Peguam Lumpuh Hampir Setahun

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ROMANIA – Hasrat seorang peguam wanita untuk kelihatan awet muda dengan suntikan botox tidak kesampaian apabila prosedur kecantikan berkenaan bertukar menjadi mimpi ngeri kepadanya.

Ini kerana muka Raluca Crisan, 38, menjadi lumpuh hanya beberapa saat selepas suntikan itu dijalankan.

Crisan percaya dia disuntik dengan bisa ular oleh doktor terbabit, Adrian Oancea, 47, meskipun dia meminta untuk rawatan botox.

Keadaan itu menyebabkan otot mukanya tidak dapat digerakkan selama lapan bulan hingga setahun.

Woman

Hanya selepas Crisan menjalani rawatan intensif selama dua tahun, barulah wajahnya sembuh, itupun tidak sepenuhnya dan hanya 70 peratus sahaja.

“Saya diberikan suntikan itu di bahagian bawah mata dan bibir. Namun dalam masa beberapa saat, wajah saya menjadi panas dan bengkak hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

“Kesannya amat panjang hinggakan saya tidak boleh ketawa dan menangis,’’ katanya.

Oancea kini digantung tugas dan polis juga sudah merampas dokumen serta bahan ujian di kliniknya.

Bisa ular kini semakin beransur-ansur menggantikan botox sebagai kaedah popular untuk mengurangkan kedutan.

Namun ia hanya perlu digunakan dalam kuantiti kecil dengan dicampurkan di dalam krim dan tidak boleh disuntik secara terus ke dalam kulit. -MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=E0O50jd32ys

Tags: Wanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

DAP Umum Bertanding 17 Kerusi DUN Johor, Letak Ramai Calon Wanita

18/06/2026
0

KLUANG - DAP mengumumkan akan bertanding di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd