• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Yakin BN Terus Diberi Mandat Pimpin Negara

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan terus diberi mandat memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan dasar diperkenalkan sejak lima tahun lepas terbukti membawa kesan positif kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Untuk lima tahun akan datang, BN telah membentangkan manifesto yang komprehensif dan amat kredibel yang bukan sahaja tertumpu kepada memacu pembangunan negara, malah lebih penting ia juga boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Berdasarkan pada fakta itu, maka Insya-Allah, saya percaya dan yakin rakyat akan memberi undi kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Najib, berkata beliau percaya pengundi tidak akan mengundi berdasarkan fitnah yang tersebar kerana sedar pilihan raya tidak berpaksikan perkara itu, sebaliknya ia merupakan medan untuk memilih kerajaan yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam membangunkan rakyat dan negara pada masa depan.

Mengenai perjalanan proses pilihan raya, Najib berkata ia berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal walaupun dicemari isu serangan peribadi yang tidak mencerminkan amalan demokrasi yang sebenar.

Tetapi lebih penting pengundi boleh menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara berlandaskan polisi yang dilaksanakan, katanya.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pusat mengundi di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah pada kira-kira 9.20 pagi untuk mengundi.

Najib yang berkemeja biru sedondon dengan isterinya selesai menunaikan tanggungjawab itu pada kira-kira 9.30 pagi dan kemudiannya bersalam-salaman dengan pengundi sebelum meninggalkan perkarangan sekolah.

Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 berdepan cabaran daripada calon PKR, Mohamad Zahid Mat Arip dan wakil PAS, Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas, Datuk Mohd Kadir Sainudin. – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalPerdana MenteriPRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd