Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Lebih 100,000 Pesawah Layak...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 106,560 pesawah layak menerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah...

Justo Kunjungi Tun M...

PUTRAJAYA - Bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo, sekali lagi mengadakan...

Ibu Mertua Farid Kamil...

NORSIAH Ramli mendedahkan bahawa anaknya, Datin Diana Danielle dan suami, Datuk Farid Kamil...

Polis Siasat Kes Lepaskan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai...

Najib Yakin BN Terus Diberi Mandat Pimpin Negara

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan terus diberi mandat memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan dasar diperkenalkan sejak lima tahun lepas terbukti membawa kesan positif kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Untuk lima tahun akan datang, BN telah membentangkan manifesto yang komprehensif dan amat kredibel yang bukan sahaja tertumpu kepada memacu pembangunan negara, malah lebih penting ia juga boleh meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Berdasarkan pada fakta itu, maka Insya-Allah, saya percaya dan yakin rakyat akan memberi undi kepada BN,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Najib, berkata beliau percaya pengundi tidak akan mengundi berdasarkan fitnah yang tersebar kerana sedar pilihan raya tidak berpaksikan perkara itu, sebaliknya ia merupakan medan untuk memilih kerajaan yang boleh dipercayai dan mempunyai rekod pencapaian yang baik dalam membangunkan rakyat dan negara pada masa depan.

Mengenai perjalanan proses pilihan raya, Najib berkata ia berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal walaupun dicemari isu serangan peribadi yang tidak mencerminkan amalan demokrasi yang sebenar.

Tetapi lebih penting pengundi boleh menunaikan tanggungjawab dalam menentukan masa depan negara berlandaskan polisi yang dilaksanakan, katanya.


Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pusat mengundi di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah pada kira-kira 9.20 pagi untuk mengundi.

Najib yang berkemeja biru sedondon dengan isterinya selesai menunaikan tanggungjawab itu pada kira-kira 9.30 pagi dan kemudiannya bersalam-salaman dengan pengundi sebelum meninggalkan perkarangan sekolah.

Najib yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan yang disandangnya sejak 1976 berdepan cabaran daripada calon PKR, Mohamad Zahid Mat Arip dan wakil PAS, Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas, Datuk Mohd Kadir Sainudin. – BERNAMA

Kategori