• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Ucap Selamat Mengundi Kepada Rakyat Malaysia

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak menunaikan tanggungjawab itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

“Kepada semua rakyat Malaysia yang layak, selamat menunaikan kewajiban dan selamat mengundi saya ucapkan!

“Buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan negara, semoga terus hebat dan bertambah hebat Malaysia, Insya-Allah. #PRU14 #HidupRakyat #HebatkanNegaraku,” katanya menerusi Twitter rasminya pagi ini.

Proses pengundian bagi PRU14 bermula 8 pagi dengan 8,253 pusat mengundi dibuka serentak di seluruh negara.

Seramai 14,449,200 orang daripada jumlah keseluruhan 14,940,624 pemilih berdaftar akan mengundi mulai 8 pagi hingga 5 petang ini.

Baki pemilih lain merupakan pengundi tidak hadir luar negara, pengundi pos dan pengundi awal.

Proses pemilihan bagi menentukan kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh lima tahun akan datang itu melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). – BERNAMA

Tags: Barisan NasionalpmPM UcapPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

Pantun Onn Hafiz: “Bukan Budak Sebarang Budak” Terima Sorakan Gemuruh

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pantun empat kerat yang disampaikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika berkempen sempena Pilihan Raya...

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

“Terima Kasih PAS. Insya-Allah Kita Mulakan Di Johor” – Akmal Saleh

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO mengucapkan terima kasih kepada PAS kerana mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd