• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6,527 Anggota Polis Kawal Ketenteraman Di Pahang

oleh AK-47
08/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seramai 6,527 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal ketenteraman dan keselamatan di seluruh negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU) esok.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata mereka terdiri daripada pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Ibu Pejabat PDRM, Unit Pencegah Rusuhan (PORU) (144), Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Udara PDRM, dan Pasukan Simpanan Sukarelawan Polis.

“Kami juga mendapat bantuan 1,044 anggota RELA,” katanya pada sidang media di IPK Pahang hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata polis telah mengenalpasti 16 kawasan panas yang menjadi tumpuan saingan sengit politik dan 14 kawasan ‘sensitif perkauman dan keagamaan yang akan diberi perhatian.

Katanya terdapat 14 lokasi pusat penjumlahan undi dan 522 pusat mengundi dan 1,662 saluran di seluruh negeri Pahang dengan 802,482 pengundi, tidak termasuk pengundi awal.

Beliau berkata anggota-anggota ini akan ditempatkan awal pagi esok sehingga selepas selesainya penjumlahan undi dan akan terus bersedia sehingga kerajaan baharu ditubuhkan.

“Pengundi juga tidak perlu risau atau rasa bimbang dengan keselamatan mereka, kerana anggota kami akan sentiasa bersedia untuk menangani sebarang insiden di luar jangkaan.,” katanya lagi.

Beliau juga menasihati pengundi untuk keluar mengundi seawal yang mungkin dan melaporkan kepada polis sekiranya menerima ancaman dari pihak-pihak luar untuk tindakan sewajarnya selain membawa kad pengenalan dan menyemak tempat mengundi serta saluran yang betul.

“Mereka juga perlu mengikut arahan polis serta anggota sukarelawan yang bertugas apabila sampai di pusat pengundian untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk pengundian,” tambahnya lagi

Beliau turut mengingatkan kepada parti yang bertanding supaya tidak menimbulkan kekecohan serta provokasi demi kelancaran perjalanan PRU14. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rosli Ab Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tahan Suami Isteri, Rampas Dadah RM1.55 Juta

23/04/2018
0

KUANTAN — Polis Pahang berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan kejayaan merampas dadah bernilai RM1.55 juta...

Reman Anggota Polis, Rakan Tembak Peniaga Dilajut

06/12/2017
0

KUANTAN - Tempoh tahanan reman ke atas tiga suspek termasuk dua anggota polis yang disyaki terlibat jenayah samun dan tembak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd