• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Anggota Polis, Rakan Tembak Peniaga Dilajut

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tempoh tahanan reman ke atas tiga suspek termasuk dua anggota polis yang disyaki terlibat jenayah samun dan tembak seorang peniaga kedai runcit di sini, dilanjutkan sehingga Jumaat ini (8 Dis).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman berkata semua suspek yang berusia 25 tahun itu juga disiasat atas dakwaan melakukan peras ugut seorang penunggang motosikal di sini.

Beliau mengesahkan mangsa berusia 55 tahun yang parah di leher akibat ditembak suspek pada pukul 6 pagi 25 Nov lalu telah dibenarkan keluar dari Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini pada Jumaat lalu.

“Mangsa berada dalam keadaan baik dan sudah boleh bercakap,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Permuafakatan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Jabatan Pendidikan Pahang di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Pada 27 Nov lalu, Rosli mengesahkan penahanan dua anggota polis berpangkat koperal dan konstabel serta seorang rakan mereka yang merupakan buruh pada 25 Nov lalu di bandar Indera Mahkota dan Taman Setali, Jalan Kem Galing di sini.

Anggota polis yang terlibat merupakan anggota polis trafik yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan manakala seorang lagi di Bahagian Komunikasi IPK Pahang.

Semua suspek juga didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek dipercayai terlibat dalam jenayah samun dan tembak selepas ke rumah mangsa di Kampung Jaya Gading di sini, kononnya mahu membeli 11 karton rokok sebelum berlaku pergelutan antara mangsa dengan salah seorang suspek.

Beberapa jam sebelum itu, mereka disyaki menahan seorang penunggang motosikal yang kemudiannya digari dan diugut dibawa ke balai polis kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Mangsa kemudiannya diminta membayar RM500, namun jumlah itu dikurangkan kepada RM300 selepas membuat rayuan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971 yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rosli Ab Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

6,527 Anggota Polis Kawal Ketenteraman Di Pahang

08/05/2018
0

KUANTAN - Seramai 6,527 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditugaskan untuk mengawal ketenteraman dan keselamatan di seluruh...

Polis Tahan Suami Isteri, Rampas Dadah RM1.55 Juta

23/04/2018
0

KUANTAN — Polis Pahang berjaya menumpaskan cubaan pengedaran dadah terbesar di negeri ini berikutan kejayaan merampas dadah bernilai RM1.55 juta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd