• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bersedia Langkah Tangkis Serangan Saat Akhir

oleh Ahmad Albab
09/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Barisan Nasional (BN) bersedia dengan langkah ‘pre-emptive‘ bagi menangkis serangan mengejut di saat akhir daripada pembangkang menjelang hari pengundian esok, menurut Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri juga percaya menjelang saat akhir kempen, pembangkang akan meneruskan usaha menyerang kerana terdesak untuk mendapatkan undi.

“Pasti ada…Dulu masa PRU13, dikatakan ada 40,000 pengundi Bangla (Bangladesh) masuk (undi BN) mana ada? Sekarang ini siapa pulak yang akan masuk?

“Tetapi masa itu kita tak bersedia langkah pre-emptive. Sekarang kita bersedia,” katanya ketika berucap pada Majlis Muafakat Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian Dewan Muafakat Taman Yayasan dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga penyandang kerusi parlimen Segamat.

Ahmad Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata beliau menjangkakan serangan peribadi juga akan dilemparkan kepada calon BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya dirinya sendiri turut terpalit sama apabila dituduh calon PKR Hutan Melintang mengenai isu undi pos di parlimen itu.

“Jangan terkejut kalau dilemparkan serangan pada Datuk Seri Subra atau calon-calon lain. Saya tak terkejut kalau PM pun kena,” katanya.

Beliau berkata malah calon DUN Hutan Melintang itu sanggup berada di dalam lokap, berbaju lokap untuk menjaga peti undi pos gara-gara tidak percaya dengan undang-undang negara.

Justeru beliau mengingatkan pengundi terutama pengundi atas pagar supaya berjaga-jaga dan tidak terjebak dengan serangan fitnah saat akhir ini.

Katanya pembangkang sangat terdesak kerana prestasi BN berada pada tahap terbaik saat ini.

Ahmad Zahid turut menarik perhatian bahawa pembangkang akan meneruskan serangan dan fitnah mereka dalam perutusan yang akan diadakan secara “live” oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan diadakan dari Langkawi pada 10 malam ini.

Dalam pada itu Ahmad Zahid turut menyatakan keyakinan yang BN akan terus diberi mandat berdasarkan semangat muafakat BN di negeri ini.

“Saya yakin Johor akan kekal dengan BN. Kerana semangat BN Johor tidak sama dengan BN di Selangor dan Pulau Pinang dulu,” katanya.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata beliau akan memastikan sebuah Pusat Transformasi Bandar akan dibina di Parlimen Segamat jika BN terus bertahan di situ.

“Saya berjanji 150 hari dari sekarang saya akan kembali untuk yang istimewa di Segamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd