• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemecatan Tokoh UMNO Tak Jejaskan Parti – Khairy

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata pemecatan dua veteran UMNO tidak akan menjejaskan parti itu mahupun momentum Barisan Nasional (BN) menjelang hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14, Rabu ini.

Pengerusi Pemuda BN itu juga percaya kedua-dua tokoh berkenaan mempunyai sebab tersendiri untuk menyokong pembangkang.

“Mereka bebas untuk buat pilihan mereka atas sebab yang saya pun tidak tahu… mungkin sebab kesetiaan mereka kepada (Pengerusi Pakatan Harapan), Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“(Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sendiri (pernah) sebut bahawa (bekas Menteri Kewangan) Tun Daim (Zainuddin) adalah manusia yang paling ‘corrupt’ di Malaysia, tetapi demi kuasa segala prinsip diketepikan dan mereka (pembangkang) sanggup menerima siapa sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media yang menyebut keanggotaan dua veteran UMNO yang juga bekas menteri iaitu Daim dan Tan Sri Rafidah Aziz digugurkan berkuat kuasa Jumaat, susulan tindakan mereka menyokong pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam parti.

Laporan itu yang memetik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga berkata seorang lagi bekas menteri, Tan Sri Dr. Rais Yatim masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Sementara itu, Khairy yang mempertahankan kerusi Parlimen Rembau bagi penggal ketiga, meminta rakyat berwaspada dengan ‘drama besar’ yang mungkin akan dimainkan oleh pembangkang pada saat-saat akhir menjelang pengundian 9 Mei ini.

Beliau sebelum itu hadir program Ramah Mesra Pemimpin dan Masyarakat di Taman Rashibah Indah di sini yang turut dihadiri calon BN bagi Parlimen Seremban, Datuk Chong Sin Woon dan calon Dewan Undangan Negeri Temiang, Siow Koi Voon. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd