• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DPMM Tak Syok Sendiri, Dekati Rakyat Atasi Masalah

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lapan belas inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk Langkawi adalah berasaskan keperluan lebih 30 kumpulan berkepentingan atau “stakeholder” di pulau peranginan itu.

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Rizal Faris Mohideen Abdul Karim Abdul Kader berkata, pihaknya mengumpul maklum balas daripada kumpulan berkenaan dan mengkaji serta menyarankan penyelesaian terbaik untuk dipertimbangkan oleh pejabat perdana menteri.

Ujar Rizal, DPMM berkampung di Langkawi hampir tiga bulan untuk turun padang dan mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaian terhadap keluh kesah kumpulan pengusaha berkenaan.

“Lapan belas inisiatif yang diumumkan PM, adalah hasil daripada tiga bulan Dewan turun ke padang, berjumpa dengan 30 pihak berkepentingan ini, merekodkan semua masalah, cadangan dan berbincang dengan pakar.

“Ini dibuat supaya pendekatan dan inisiatif yang diumumkan adalah yang sesuai untuk orang Langkawi serta berasaskan permintaan orang Langkawi. Ini bukan syok sendiri sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rizal mengulas 18 inisiatif yang diluluskan perdana menteri, termasuk penubuhan warung digital bagi menyokong program DPMM melatih 1,000 usahawan menguasai ekonomi digital.

Menurutnya, DPMM kerap mengadakan sesi teh tarik dengan pengusaha tempatan untuk mengetahui masalah mereka sebelum mengkaji kaedah terbaik untuk menyelesaikannya.

“Kita jangan syok sendiri. Kita jangan rasa kita ada segala jawapan untuk masalah usahawan dan orang Melayu. Oleh kerana itu, adalah sangat penting untuk kita turun ke padang dan bertemu dengan mereka.

“Hasil kajian dan hubungan yang kita buat dengan berjumpa dan eratkan silaturahim, banyak sesi teh tarik, barulah kita faham ekosistem dia macam mana,” katanya.

Rizal berkata, kerja-kerja DPMM untuk merancakkan ekonomi penduduk Langkawi dipermudahkan dengan kerjasama daripada badan kerajaan seperti SME Corp, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

“Kita bukan agensi kerajaan atau syarikat, kita hanya sebuah badan sukarela yang digemblengkan oleh sukarelawan usahawan bersama dengan sekretariat Dewan.

“Apa yang dapat kita usahakan adalah kita lihat sesuatu masalah itu, kita cuba faham apakah penyelesaian terbaik, siapa yang boleh memainkan peranan membantu pihak yang bermasalah itu dan sekaligus, kita mainkan peranan itu,” katanya.

Antara 18 inisiatif yang diumumkan Najib adalah penubuhan Pusat Trasnformasi Bandar atau UTC, peruntukan RM100 juta kepada SME Bank dalam bentuk pembiayaan dengan kadar faedah istimewa dan pemberian geran RM50,00 kepada 1000 peniaga. – BERNAMA

Tags: DPMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus

DPMM Dakwa Harga Barang Naik Hingga 30 Peratus, Kos Pembinaan Melonjak 40 Peratus

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendakwa sektor peruncitan kini berdepan kenaikan harga barangan antara 20 hingga 30...

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

Pengusaha Stesen Minyak Pikul Beban Subsidi Diesel?

04/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak didakwa terpaksa menanggung beban terhadap skim subsidi bersasar diesel yang diperkenalkan oleh kerajaan. Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd