• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasan Malek Yakin Mampu Pertahan Kuala Pilah

oleh Ahmad Albab
06/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Hasan yang merupakan penyandang kerusi berkenaan selama tiga penggal sejak 2004 berkata keyakinan ​​​​​​ itu bersandarkan kepada sokongan yang diterimanya semakin meningkat daripada masyarakat di situ.

“Reaksi itu dapat dilihat melalui riak muka pengundi yang saya dekati, mereka gembira dan menunjukkan​​​​​​​ rasa selesa apabila bersama dengan saya…reaksi yang mereka tunjuk sudah cukup membuktikan sokongan terhadap saya.

“Penerimaan pengundi kepada saya sepanjang saya berkhidmat adalah sangat baik dan berharap mereka dapat menterjemahkannya dalam bentuk undi semasa hari pengundian,” katanya ketika ditemui​​​​​​​ pemberita pada program ramah mesra bersama penduduk di pekan Dangi, Johol, dekat sini, hari ini.

Bekas Duta Malaysia ke Kemboja itu berkata bagaimanapun beliau terus berusaha meraih sebanyak mungkin sokongan daripada masyarakat dalam tempoh kempen berbaki tiga hari lagi.

Kerusi Parlimen Kuala Pilah, dengan 49,801 pengundi berdaftar, menyaksikan Hasan dicabar Rafiei Mustapha (PAS) dan calon PKR-PPBM, Eddin Syazlee Shith pada PRU14.

Pada PRU13, Hasan mengatasi pencabarnya Mohd Nazree Mohd Yunus daripada PKR dengan​​​​​​​ kelebihan 9,661 undi.

Parlimen Kuala Pilah juga mempunyai lima kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Juasseh, Seri Menanti, Senaling, Pilah dan Johol. – BERNAMA

Tags: Hasan MalekPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

BN Hasrat Pertahan Kerusi Tradisi PRU14, PRK

10/07/2020
0

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mahu mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu sama ada pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd