• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SC Pelawa Permohonan Dana Modal Teroka RM1 Bilion

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mempelawa syarikat-syarikat pengurusan modal teroka (VC) untuk memohon dana sebanyak RM1 bilion yang disediakan oleh pelabur institusi utama seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018.

SC berkata, Jawatankuasa Penyelarasan Dana Modal Teroka terdiri daripada wakil kanan pelabur institusi utama telah ditubuhkan untuk menyelaras penilaian dan pemilihan proses pengemukaan oleh syarikat-syarikat pengurusan VC.

“Jumlah yang disediakan tersebut akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat swasta peringkat awal hingga akhir.

“Lebih keutamaan diberikan kepada sektor-sektor terpilih termasuk sektor galakan kerajaan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Bioteknologi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SC, pemohon asing atau tempatan yang layak mesti didaftarkan dengan SC dan menunjukkan bahawa antara kriteria lain pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan pelaburan VC.

Jelas SC, maklumat mengenai kriteria dan proses pengemukaan permohonan dinyatakan dalam Pelawaan Memberi Cadangan yang boleh dimuat turun dari laman web SC.

“Pengemukaan mesti dibuat ke SC tidak lewat dari pukul 5 petang, Jumaat, 1 Jun 2018,” kata kenyataan itu.

VC merupakan sumber pendanaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan dan mengubah Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Suruhanjaya Sekuriti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SC Sudah Muktamadkan Siasatan, Fail Inkuiri Ditutup – Azam Baki

18/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Siasatan dijalankan Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, sudah...

Syed Zaid Albar Dilantik Sebagai Pengerusi Eksekutif SC

30/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti (SC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd