Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Sufian Suhaimi Kantoi Kacau...

WALAUPUN tidak mengesahkan hubungan mereka secara rasmi, namun keakraban penyanyi Sufian Suhaimi dengan...

Ulangi Dukung Amalan Industri...

PUTRAJAYA – Malaysia mengulangi komitmennya untuk mengamalkan tunggak 3-P industri minyak sawit lestari,...

Kes Kuil: 106 Individu...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lagi suspek yang disyaki...

Jaminan Pinjaman 1MDB Berjumlah...

KUALA LUMPUR : Jaminan pinjaman syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjumlah RM18.17 bilion...

SC Pelawa Permohonan Dana Modal Teroka RM1 Bilion

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mempelawa syarikat-syarikat pengurusan modal teroka (VC) untuk memohon dana sebanyak RM1 bilion yang disediakan oleh pelabur institusi utama seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018.

SC berkata, Jawatankuasa Penyelarasan Dana Modal Teroka terdiri daripada wakil kanan pelabur institusi utama telah ditubuhkan untuk menyelaras penilaian dan pemilihan proses pengemukaan oleh syarikat-syarikat pengurusan VC.

“Jumlah yang disediakan tersebut akan dilaburkan ke dalam syarikat-syarikat swasta peringkat awal hingga akhir.

“Lebih keutamaan diberikan kepada sektor-sektor terpilih termasuk sektor galakan kerajaan seperti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Bioteknologi,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut SC, pemohon asing atau tempatan yang layak mesti didaftarkan dengan SC dan menunjukkan bahawa antara kriteria lain pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan pelaburan VC.

Jelas SC, maklumat mengenai kriteria dan proses pengemukaan permohonan dinyatakan dalam Pelawaan Memberi Cadangan yang boleh dimuat turun dari laman web SC.


“Pengemukaan mesti dibuat ke SC tidak lewat dari pukul 5 petang, Jumaat, 1 Jun 2018,” kata kenyataan itu.

VC merupakan sumber pendanaan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pertumbuhan dan mengubah Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori