• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skandal FB, Cambridge Analytica ‘Gulung Tikar’

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

FIRMA analisis pemasaran Britain, Cambridge Analytica mengumumkan penutupan operasi dan bakal mengemukakan permohonan insolvensi di negara itu dan Amerika Syarikat (AS).

Sejak beberapa minggu lalu, Cambridge Analytica berdepan tekanan susulan pendedahan mengenai skandal yang dibuat bahawa syarikat itu pernah menggodam data sehingga 87 juta pengguna akaun sosial Facebook.

Pada 2016, syarikat tersebut dilantik untuk membantu kempen Pilihan Raya Presiden AS, Donald Trump.

Cambridge Analytica mendakwa berdepan pelbagai tuduhan yang tidak berasas yang menjejaskan perniagaan mereka dan menyebabkan ia tidak mempunyai pilihan lain, kecuali menutup operasinya.

“Walaupun yakin bahawa kakitangan sudah bertindak secara etika dan sah mengikut undang-undang, tetapi liputan media yang keterlaluan menyebabkan semua pelanggan dan pembekal menjauhkan diri daripada syarikat ini.

“Berikutan itu, pihak Cambridge Analytica menganggap bahawa kami tidak perlu lagi meneruskan operasi dalam perniagaan ini,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Cambridge Analytica adalah syarikat gabungan firma Britain, Strategic Communication Laboratories dan ia mempunyai cawangan di London, New York, Washington, Brazil dan Malaysia. – AFP/myMetro Online

Tags: Cambridgefacebookskandal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

Akaun Facebook ‘Dr Maza Channel’ Kena Sekat?

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Akaun Facebook Dr Maza Channel yang dikaitkan dengan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd