• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Mini Akan Dibina Di Hutan Melintang

oleh AK-47
03/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Sebuah lapangan terbang mini akan dibina di Ladang Jendarata, Hutan Melintang di sini bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan Parlimen Bagan Datuk, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata seorang pelabur dari Kanada berminat membuka sebuah gudang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat komersial berskala kecil di situ.

Katanya pihak pelabur telah membentang kertas kerja kepadanya tiga bulan lepas dan meminta dibina landasan terbang yang sesuai untuk jet atau kapal terbang perdagangan sekiranya pelaburan dilaksanakan kelak.

“Pihak pelabur lihat Bagan Datuk tidak dikelilingi gunung-ganang atau bukit bukau dan kawasan ini landai. Mereka telah Google Maps kawasan kita dan kawasan ini sesuai,” katanya.

Ahmad Zahid yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata demikian kepada pemberita selepas program Kenduri Pusat Daerah Mengundi Zon Jambatan Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu di Kampung Banang, Hutan Melintang hari ini.

Ahmad Zahid berkata sekiranya pelaburan itu nanti mendapat kelulusan, pihaknya juga akan memohon Ketua Pengarah Eksekutif United Plantations Berhad (UP Berhad) Datuk Carl Bek-Nielsen membantu membesar dan meluaskan lagi landasan kapal terbang mini sedia ada syarikat itu di sini.

Katanya beliau yakin projek itu nanti akan membawa pulangan yang tinggi dan manfaat kepada penduduk.

“Mereka (pelabur) juga telah mengadakan perbincangan untuk mendapatkan pekerja-pekerja mahir dalam bidang penerbangan.

“Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan Politeknik Bagan Datuk bagi mewujudkan fakulti kejuruteraan penerbangan kerana politeknik itu kini mempunyai fakulti kejuruteraan marin dan kejuruteraan automotif,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadiri Multaqa Mahabbah Ahli Jawatankuasa Pegawai Masjid dan Guru Kafa daerah Bagan Datuk di Dewan Dato’ Lope Hashim di pekan Bagan Datuk. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd