• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terperangkap Dengan ‘Media Songsang’ – Annuar

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Jenayah, Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Rakyat diingatkan agar tidak terperangkap dengan berita palsu kerana amalan ‘media songsang’ seumpama itu boleh menimbulkan huru-hara malah menghancurkan negara, kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata mereka perlu berhati-hati dengan ‘petualang moden’ terutama membabitkan portal berita luar termasuk Sarawak Report yang mungkin didalangi pendukung ideologi tertentu peringkat global.

“Jika mendapat maklumat daripada portal seperti itu kita sepatutnya terus ‘bakul sampahkan’ sahaja berita berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Melor di sini.

Beliau mengulas k​​​​​eputusan Mahkamah Tinggi London semalam, yang menolak hampir keseluruhan kenyataan pembelaan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown terhadap saman dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung artikel portal itu yang diterbitkan pada 6 Ogos 2017.

Annuar berkata keputusan tersebut menjadi satu lagi episod tambahan membuktikan portal berita itu tidak berwibawa, berniat jahat serta mempunyai agenda tersembunyi.

“Sebelum ini, Sarawak Report sudah berkali-kali dianggap sebagai portal upahan dan terbukti menyampaikan berita tidak benar yang bukan berasaskan fakta sebenar,” katanya sambil menambah portal seumpama itu biasanya beroperasi di luar negara untuk terlepas daripada undang-undang negara ini.

Mahkamah Tinggi London yang bersidang hampir empat jam bagi mendengar permohonan Abdul Hadi itu juga mendapati Rewcastle-Brown dengan secara rasmi telah meninggalkan permohonannya untuk meminda pembelaan beliau untuk menggunakan rakaman audio yang didakwa milik Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Mahkamah turut memutuskan agar Rewcastle-Brown membayar kos £41,400 (RM227,700) dalam tempoh 14 hari dan menetapkan April 2019 sebagai tarikh perbicaraan kes. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd