• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,925 Pesawah Di Kota Belud Terima Bantuan Khas

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – Seramai 3,925 pesawah di kawasan Parlimen Kota Belud hari ini menerima bantuan RM200 sebulan sebagai bantuan meringankan beban dalam tempoh menunggu hasil tuaian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pemberian bantuan itu adalah pendekatan baharu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu rakyat di negara ini.

“Dahulu, bantuan hanya diberikan kepada masyarakat nelayan namun, apabila kita bawa dan bincang perkara ini di peringkat jemaah menteri kerana Sabah dan Sarawak banyak sawah, maka perdana menteri bersetuju untuk mewujudkan bantuan langsung berkenaan.

“Bantuan langsung seperti ini sudah tentu memberi manfaat kepada rakyat dan ia dapat meringankan beban rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Bantuan Khas Pesawah di sini, hari ini.

Pemberian bantuan RM200 sebulan itu diumumkan dalam pembentangan Bajet 2018 bagi meringankan beban pesawah dalam tempoh menunggu hasil tuaian.

Salleh berkata rakyat perlu bersyukur dan menyokong padu segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat.

“Kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) berbuat demikian (memberi bantuan kepada rakyat) kerana kewangan negara telah diurus dengan baik sekali. Setelah mengambil alih pucuk pimpinan negara, perdana menteri membuat beberapa pendekatan baharu di mana selain memberi subsidi, beliau juga memberi bantuan langsung kepada rakyat,” katanya.

Selain bantuan pesawah, kerajaan juga memperkenalkan banyak bantuan langsung kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sehubungan itu, Salleh yang juga Bendahari UMNO dan calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud meminta rakyat menghargai segala usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Sebagai rakyat, kita mempunyai hak dan tanggungjawab untuk keluar mengundi pada 9 Mei ini. Rakyatlah yang bertanggungjawab untuk menentukan kestabilan dan kehormanian negara. Jadi, undilah BN yang selama ini banyak membantu rakyat,” katanya.

Terdahulu, Salleh yang juga Ketua UMNO Bahagian Kota Belud melawat Pusat Daerah Mengundi Rampayan Ulu dan PDM Pandasan.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Salleh meminta rakyat memberi sokongan padu kepada BN agar agenda pembangunan di negara ini dapat terus dijalankan.

Beliau juga menasihati penyokong mana-mana parti yang bertanding pada pilihan raya ini agar menghormati semua calon yang bertanding dan elakkan budaya politik kebencian.

“Kita perlu hormat menghormati satu sama lain…budaya politik kebencian tidak selari dengan budaya kita di Sabah.

“Kita boleh berbeza pendapat dan kepercayaan parti namun perbezaan itu perlu diurus dengan baik agar tidak menyebabkan perpecahan,” katanya. – BERNAMA

Tags: PesawahSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd