• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syed Saddiq Ajak Calon BN, PAS Debat Hujung Minggu Ini

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Calon Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempelawa dua lagi calon parlimen itu, Datuk Seri Razali Ibrahim dari Barisan Nasional (BN) dan calon PAS, Abdul Aziz Talib, untuk berdebat hujung minggu ini.

Untuk tujuan itu, calon dari PPBM itu akan menghantar surat kepada penyandang kerusi Parlimen Muar dan Abdul Aziz.

“Saya harap mereka akan bersetuju. Topiknya, siapa yang pengundi akan pilih untuk kerajaan Putrajaya, mungkin akan diadakan di Muar,” katanya kepada pemberita selepas sebuah majlis ceramah di Parit Jawa dekat sini malam tadi, yang turut dihadiri Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Muhyiddin meminta ahli PPBM supaya menerima sesiapa sahaja calon yang telah dipilih untuk bertanding dengan hati terbuka.

“Ini masa kritikal. Terima sahaja, apa yang penting kita mahu menang. Tidak jadi masalah siapa pun yang kita letakkan sebagai calon,” kata beliau ketika mengulas mengenai bantahan PPBM Bahagian Pengerang mengenai pencalonan Ketua Srikandi PPBM Johor, Norliza Ngadiran untuk kerusi Parlimen Pengerang.

PPBM Bahagian Pengerang dilaporkan sebagai berkata bantahan itu dibuat berikutan Norliza dikatakan bakal muflis selain calon itu disifatkan sebagai orang luar kerana menetap di Pontian. – BERNAMA

Tags: PRU14Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd