• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Jangan Memihak Kepada Mana-Mana Pihak

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak memihak kepada mana-mana pihak dan bertindak secara profesional terhadap individu yang merosakkan atau mensabotaj bahan kempen lawan.

Beliau berkata insiden sabotaj yang terjadi di beberapa negeri termasuk di Sarawak pada musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini mencerminkan budaya politik samseng pihak tertentu.

“Ini negara demokrasi, Malaysia tidak perlu politik gengster… kita mahu politik matang dilaksanakan kita mahu negara kita aman dan tenteram.

“Jadi saya mahu polis tidak berkompromi dengan sesiapa yang buat kesalahan hatta sesiapa sekalipun,” katanya pada sidang media pada ceramah Barisan Nasional (BN) Bersama Calon Parlimen Bagan Datuk dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang di sini, malam ini.

Turut hadir calon BN bagi DUN Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tamizi serta dihadiri kira-kira 500 orang ke ceramah berkenaan di Dewan JKKK Hutan Melintang, dekat sini.

Sabtu lepas, seorang individu memecahkan cermin van yang digunakan oleh jentera kempen calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan di Tabuan Jaya di sini dan di Muar, Johor, semalam, kain rentang yang memaparkan wajah calon BN Parlimen Bakri, Koh Chon Chai dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Bukit Bakri.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata, polis perlu terus memantau perkara berkenaan agar insiden tersebut tidak berulang, sekali gus mencerminkan perjalanan imej politik negara ini bersih.

“Kita memohon semua pemimpin parti politik termasuk jentera parti masing-masing jangan melakukan tindakan yang melampau demi menjaga imej negara,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengingatkan Brigade Gempur BN perlu menjaga adab dan tatasusila ketika berkempen dengan tidak menimbulkan insiden sehingga boleh menjejaskan ketenteraman dan keharmonian dalam kalangan masyarakat.

“Kita menolak budaya politik samseng dan memberitahu jentera parti yang mereka harus menjalankan tugas untuk kempen pilihan raya,” katanya. — BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidisabotaj
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

Segerakan Siasatan, Dedah Petualang Dakwaan Komplot Sabotaj Negara

28/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta segera menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terbabit serta bersubahat dalam dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd