• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecat 12 Anggota MCA, Tak Boleh Dianggap Krisis Parti

oleh Ahmad Albab
30/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan bahawa parti itu tidak mempunyai masalah dalaman, sebaliknya lebih mantap dan bersatu padu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Beliau berkata isu pemecatan 12 anggotanya semalam tidak boleh dianggap ada wujudnya krisis dalaman parti kerana mereka ini mempergunakan parti ini untuk agenda peribadi masing-masing tanpa mengutamakan kepentingan kepartian.

“Kita yakin masih ramai anggota dan veteran parti mendukung dan menyokong perjuangan parti,” katanya kepada pemberita semasa kempen hari ketiganya sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi Parlimen Bentong di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pemecatan 12 anggotanya yang didapati melakukan tindakan bercanggah dengan Artikel 122 perlembagaan kerana bertanding sebagai calon Bebas dan calon parti pembangkang pada PRU14.

Tujuh daripada mereka telah bertindak menjadi calon Bebas dan calon parti pembangkang manakala lima lagi menjadi pencadang atau penyokong atau saksi kepada calon-calon tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

Hanya Satu Episod Kecil, Matlamat Akhir Mereka Mahu UEC Setaraf SPM STPM – Anuar

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Matlamat sebenar pihak yang mendesak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah UEC dijadikan setaraf dengan Sijil Pelajaran...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd