• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Maafkan Saya, Saya Bukan Anak Yang Baik”

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Seorang lelaki sempat meninggalkan sekeping nota berbunyi “Maafkan saya, saya bukan anak yang baik” sebelum membunuh diri di Tokong Buddha Lim Fah Sah, Jalan Tabuan, di sini, petang semalam.

Lapor beberapa portal berita tempatan, lelaki berusia 38 tahun itu ditemui berlumuran darah dan tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh seorang pekerja tokong berkenaan jam 5 petang.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, lelaki terbabit menggunakan senjata tajam untuk menggelar pergelangan tangan kiri dan kanan selain terdapat koyakan pada dahi dan kaki kanan.

Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV) mangsa yang berbaju putih dilihat memandu masuk ke kawasan tokong pada jam 1.40 petang.

“Pekerja tokong yang kebetulan melalui di kawasan berkenaan kemudian meninjau kereta berkenaan sebelum menemui lelaki terbabit dalam keadaan berlumuran darah.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Sentral kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Hasil pemeriksaan menemui sekeping nota dalam Bahasa Cina yang meminta maaf kerana tidak menjadi seorang anak yang baik.

Difahamkan, lelaki berkenaan merupakan anak kedua daripada tiga beradik yang berasal dari Kuching dan bekerja sebagai buruh.

Dalam pada itu, polis turut menemui sebilah pisau yang digunakan lelaki terbabit untuk mencederakan dirinya di dalam kereta berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS), untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: bunuhkes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd