• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Bebas Parlimen Pulai Dilanggar Kereta

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Calon Bebas kerusi Parlimen Pulai, Yap Keng Tak cedera selepas dilanggar kereta dalam kejadian di Jalan Indah 5/13, Taman Bukit Indah di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamad berkata kejadian berlaku kira-kira 8.45 malam ketika Yap, 59, sedang berjalan melintas simpang ke Kuil Sri Maha Mariyaman Bukit Indah untuk mengedar risalah kempen bersama lima pengikutnya.

“Keadaan mangsa (Yap) setakat ini tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Noor Hashim berkata tempat kejadian merupakan simpang tiga dan berlampu jalan, namun Yap tidak memakai baju pantulan cahaya serta tidak menggunakan laluan pejalan kaki.

Katanya pemandu kereta jenis Perodua Myvi berkenaan yang merupakan seorang lelaki tempatan berumur 61 tahun dan beralamat di Taman Cempaka, di sini tidak cedera.

Lelaki terbabit membuat laporan polis berhubung kemalangan itu pada 12.25 tengah malam tadi di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, katanya.

Sementara itu, Yap ketika dihubungi Bernama berkata dia hanya mengalami rasa sakit pada bahagian belakang badan.

“Saya kini menjalani pemeriksaan di sebuah hospital swasta di sini dan dijangka dibenarkan keluar hospital petang ini,” katanya.

Katanya beliau akan berehat daripada berkempen sekurang-kurangnya selama tiga hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 ini, kerusi Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan empat penjuru antara penyandang Datuk Nur Jazlan Mohamed (Barisan Nasional), Salahuddin Ayub (PKR-Amanah), Dr. Mohd Mazri Yahya (PAS) dan Yap. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Calon BebasPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

Calon BEBAS PRN Sabah Diangkat Wakili BN Pada PRK DUN Lamag

30/12/2025
0

KOTA KINABALU: Calon yang bertanding atas tiket BEBAS pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah 29 November lalu, Mohd Ismail...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd