• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sokongan Buat Bung, Zizie ‘Berkampung’ Di Sabah

oleh
29/04/2018
dalam Artis, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEHADIRAN pelakon, Zizie Ezette di Kinabatangan, Sabah hari ini dilihat menarik perhatian ramai penyokong parti bertanding selain ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Isteri calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu dikatakan turun padang seawal 9 pagi bersorak bersama penyokong BN dengan laungan ‘Tatap BN’ ketika suaminya dan calon BN lain tiba di pusat penamaan di Dewan Sri Lamag.

Menurut Zizie, kesibukan menguruskan anak kembar langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bangkit dan memberi sokongan padu kepada suami sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Malah, pelakon itu turut memberitahu dia akan berkampung di Kinabatangan untuk membantu suaminya berkempen.

“Saya akan terus memberikan sokongan padu kepada suami. Saya akan berkampung di sini untuk menemaninya dan membantu beliau berkempen.

“Ia tidak berubah seperti lima tahun lalu. Walaupun kini saya menjaga anak kembar, Insya-Allah itu tidak menghalang saya untuk berkempen bersamanya,” katanya seperti dipetik BH Online.

Ujarnya lagi, dia juga akan turun padang menyertai rombongan iparnya untuk berkempen dari kampung ke kampung bagi mendekati rakyat sekaligus meningkatkan kepercayaan mereka.

“Sebagai seorang isteri juga, tentu saya mengharapkan kemenangan berpihak kepada suami,” ujar Zizie.

Pada PRU-14 ini, Bung Moktar yang juga Pengerusi FELCRA Berhad menghadapi dua pencabar iaitu calon Parti Harapan Rakyat Sabah, Mustapa Tambuyong dan calon Parti Warisan Sabah, MA Ghazali Abdul Ghani. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Bung MoktarCalon PRU14Datuk Seri Bung Moktar RadinPRU14Zizie Ezette
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

KPN Nafi Dakwaan Rafizi Konon Polis Sekat Calon PKR

Next Post

Tiada Unsur Sabotaj Jet Mewah Mahathir – CAAM

Related Posts

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Bung Moktar, Zizie Izette Gagal Cabar Mahkamah Rayuan Perintahkan Mereka Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

22/05/2025
0

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam percubaan...

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

‘Harga Ayam Di Sabah Cecah RM16.50 Sekilogram’ – Bung Moktar

18/01/2025
0

KOTA KINABALU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta kerajaan Sabah mengambil langkah serius...

Next Post

Tiada Unsur Sabotaj Jet Mewah Mahathir - CAAM

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd